Jaguh Muay Thai, Johan Ghazali (Jojo Ghazali) baru-baru ini memuat naik satu perkongsian video yang telah menarik tumpuan netizen. Ia memperlihatkan reaksi adiknya iaitu Miki Ghazali mengenai kekalahannya di IFMA Youth World Championship 2025.
Dengan nada berseloroh sampai bergelak ketawa, Miki Ghazali membuat satu kenyataan yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Artikel berkaitan : “Mak dia nangis weh” – Johan Ghazali Hadiahkan Ibu Jam Tangan Mewah Buat Netizen Terharu
Artikel berkaitan : “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti
“Kalau ada orang Malaysia, aku tak kisah pun diaorang semua tu sampah”
@johanghazali7 Miki true colours dah keluar
Menjengah ke ruangan komen ada rakyat Malaysia yang anggap ia hanyalah satu gurauan memandangkan Miki Ghazali ini masih lagi bawah umur. Bagaimanapun, ada juga yang tersinggung apabila mendengar kenyataan daripadanya ini.
Pun begitu, ada netizen sendiri yang tidak menafikan dengan apa yang dia katakan kerana mendakwa majoriti rakyat Malaysia memang suka memuji apabila individu itu meraih kemenangan dan mengutuk jika seseorang itu berdepan dengan kekalahan.
Sumber : TikTok