Semalam, perlawanan akhir pusingan pertama antara Malaysia dengan Vietnam telah berlangsung dengan keputusan seri 2 sama. Dalam perlawanan tersebut, satu insiden telah berlaku dimana pemain Vietnam, Do Duy Manh telah menumbuk kapten pasukan Malaysia Zaquan Adha Abdul Razak.
Insiden tersebut menjadi tular apabila video kejadian itu dimuat naik di Twitter dan menjadi perbualan hangat netizen kerana pengadil tindak membuat sebarang tindakan atas kelakuan biadap yang dilakukan oleh pemain Vietnam.
Tak bersikap adil
Insiden di mana kapten Malaysia Zaquan Adha ditumbuk oleh pemain Vietnam Do Duy Manh.
Kad merah? pic.twitter.com/YuQnzd4PJZ
— MY Football Liga (@MyFootballLiga) December 11, 2018
Kejadian itu berlaku pada minit ke 10 perlawanan, rata-rata netizen cukup bengang dengan pengadil tersebut kerana bersikap berat sebelah.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, Zaquan ada mengadu kepada pengadil namun diabaikan. Suasana menjadi tegang seketika apabila ia menimbulkan kemarahan pada abangnya Aidil Zafuan semasa berada di bangku pemain simpanan.
Sebagai rakan sepasukan pun dah bengang, apatah lagi kalau darah daging sendiri, inikan pula bila kedua-kedua situasi ini bergabung.
Zaquan kena tumbuk, Aidil yang rasa – Netizen
Do Duy Manh, Pemain Vietnam
Skuad Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas pada separuh masa pertama. Namun Shahrul Saad berjaya menjaringkan gol pertama pada minit yang ke 36.
Pada separuh masa kedua pula, Safawi Rashid telah menjaringkan gol pada minit ke 60 melalui tendangan percuma.
Baca : “Bagi kroni kau tiket macam tu je” – Pemuda Kecam Syed Saddiq Dedah Ulat Tiket Dari ‘Orang Dalam’