Umum sedia maklum bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita dan kebanyakan daripada rakyat negara ini sangat fasih berbahasa Melayu walaupun berbeza agama, bangsa atau kaum.
Namun, bahasa ibunda masing-masing bebas untuk diamalkan dan ia bukanlah satu masalah untuk terus dituturkan sehingga ke hari ini.
Biasanya, bagi kaum yang bukan Melayu, percakapan mereka menggunakan bahasa kebangsaan kadang kala masih mempunyai ‘bunyi’ bahasa ibunda mereka dan ia tidak menjadi suatu isu asalkan semua orang yang mendengar tetap faham apa yang hendak disampaikan. Setuju tak korang?
Lancar cakap Melayu sampai pening nak ikut slang Tamil
Tetapi baru-baru ini menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang juga berbangsa India dikenali sebagai @muniswaranharirama, dia ternyata mengalami sedikit masalah apabila Bahasa Melayunya begitu fasih. Wahh, lancar betul dia cakap Melayu tau!
Dah fasih sangat sampai timbul masalah lain pula
Menurutnya, dia dikehendaki untuk berlakon dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan menyelitkan slang Tamil, namun disebabkan dia dan keluarga memang kerap menggunakan bahasa kebangsaan di rumah, jadi gaya percakapannya juga sudah seperti orang Melayu.
Hal ini menjadi sedikit masalah buatnya kerana dia sukar untuk bertutur mengikut kehendak skrip lakonan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang kagum akan kefasihannya selain terhibur dengan gelagat pemuda India ini kerana dia cuba untuk menterjemahkan ayat Bahasa Melayu ke Bahasa Tamil sebelum cuba mengikut ‘lenggok’ bahasa yang dituturkan.
Korang ada tak kawan berbangsa selain Melayu yang memang fasih dengan bahasa kebangsaan kita ni? Mesti mantap kan?
Baca: “Comel! Gadis Jepun Ni Fasih BM, Siap Ajak Orang Malaysia Cakap BM Lagi!”