Bila ramai yang gaduh-gaduh kenapa lah orang Malaysia susah nak guna Bahasa Malaysia dalam percakapan seharian, tiba-tiba muncul seorang gadis Jepun ni yang bangga kerana sangat fasih berbahasa Melayu!
Gadis Jepun bernama Hana Takahashi ni siap ditemu ramah oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sendiri dalam satu video yang diupload di laman Twitter menteri itu.
Saya sempat menemu ramah Hana Takahashi, seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo yang fasih berbahasa Melayu. Bangga dengan cita-cita beliau untuk mempelajari tentang rakyat, budaya dan agama di Malaysia, saya doakan dia terus berjaya. pic.twitter.com/fHQVgyCiFK
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) August 9, 2018
Hana yang kini sedang menuntut di Universiti Bahasa Asing di Tokyo bukan je berminat mempelajari Bahasa Malaysia tapi sangat bersemangat untuk memahami aspek masyarakat, budaya dan agama di Malaysia! Dahsyatlah!
“Saya suka belajar Bahasa Melayu kerana kalau saya cakap Bahasa Melayu, boleh faham apa yang orang Malaysia fikir dan saya boleh tahu budaya dan agama di Malaysia,” katanya.
Punyalah sukanya Hana kat Malaysia ni, dia dah tiga kali melancong ke sini dan sangat menyukai teh ais dan roti canai. Tapi satu je dia tak boleh masuk iaitu durian. Rugi tau!
Nah korang baca ni, Hana ada pesanan untuk korang semua.
“Kepada rakyat Malaysia, sila gunakan Bahasa Melayu sebab bahasa itulah Bahasa Malaysia,” katanya.
Ramai jugak netizen yang berharap agar rakyat Malaysia sendiri tekun dalam mempelajari Bahasa Melayu. Betul tu!
Bahasa kan jiwa bangsa. Apa lagi korang, ayuh mendalami bahasa Melayu!
Baca: Ramai Terhubur Tengok Gelagat Dr. Maszlee and Tun M di Jepun!