Semakin hari, semakin banyak kelihatan orang yang tidak berkemampuan meminta sedekah di merata tempat.
Dimana-mana saja boleh berlaku, seperti di kaki lima, di tepi jalan, mahupun di traffic lights turut kelihatan.
Pakcik tua jalan terhuyung hayang
Seakan kisah ini, apabila seorang wanita dikenali sebagai Fara Sharina berkongsi saat dia bertemu dengan seorang pakcik tua di tepi jalan.
Namun yang menyedihkan, pakcik tua tersebut dilihat meminta sedekah di sekitar kawasan itu. Dia juga dikatakan mengalami masalah penglihatan.
Sebelum itu, warga emas tersebut dilihat berjalan terhuyung-hayang sebelum mendekati kereta yang dinaiki Fara.
Seterusnya, kedengaran bahawa pakcik tersebut berkata dan meminta sedekah daripada Fara untuk membayar sewa rumahnya.
Dek kerana bersimpati dengan kenyataan pakcik itu, Fara dilihat memberi sedikit wang serta kuih kepadanya.
Perkara tersebut telah dikongsikan di akaun TikTok @farasharina dan sehingga kini telah meraih lebih dari 80k views.
https://www.tiktok.com/@farasharina_/video/6952740732503411970?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Anak yang hantar?
Walau bagaimanapun, muncul keraguan terhadap perkara yang dilakukan oleh warga emas tersebut.
Perkara ini tercetus apabila ada beberapa netizen yang mengatakan mereka pernah melihat bahawa anak pakcik itu sendiri yang menghantar warga emas tersebut untuk meminta sedekah di sekitar Kota Bharu.
Dah sudah, macam ni pulak katanya?
“Kenapa sanggup buat ayah dia gitu?!”
Melihat ke sambungan komen tersebut, ramai netizen yang bagaikan tidak sangka dengan perkara tersebut. Malahan ada yang sedih kerana warga emas itu diperlakukan sebegitu rupa.
Macam mana sekalipun, kita tunggu kesahihannya. Kita doakan juga la supaya urusan pakcik tersebut serta sesiapa sepertinya dipermudah dan dimurahkan rezeki.
Baca :“Elok kena 10k ni” – Pakcik Mengamuk Sampai Cekik Pekerja Kedai Hanya Sebab Ditegur Tak Pakai ‘Mask’