in

“Elok kena 10k ni” – Pakcik Mengamuk Sampai Cekik Pekerja Kedai Hanya Sebab Ditegur Tak Pakai ‘Mask’

Collage 29

Selepas lebih setahun hidup dalam norma baharu, sepatutnya kita dah biasa ikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pun begitu, baru-baru ini sebuah kedai runcit bernama Masbukti telah kongsikan video yang kini telah pun tular di media sosial.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pekerja kedai runcit telah dimarahi, diugut, ditolak dan dicekik oleh seorang pelanggan berusia.

Menurut kenyataan dari kedai tersebut, kejadian yang berlaku di outlet mereka di Taipan 2, Senawang ini berlaku selepas pekerja tersebut menegur pakcik itu kerana masuk ke dalam kedai tanpa memakai pelitup muka.

Screenshot 2021 04 19 At 11.19.30 Am

Memetik laporan dari Sinar Harian, pakcik berusia 50 tahun itu telah pun ditahan pada jam 10 malam semalam bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata pihak polis telah mendapat laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.33 tengah hari, Ahad semalam.

Screenshot 2021 04 19 At 11.19.59 Am

Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan.”

Oleh kerana ini, suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada hari ini untuk ditahan reman dan akan turut dikenakan kompaun kerana tak mematuhi SOP Covid-19 di bawah Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

Baca: Ibu Bapa Berang Dihalau Keluar Dari Pesawat Lepas Anak Umur 2 Tahun Tak Pakai Mask Sebab Tengah Makan

Screenshot 2021 04 19 At 11.24.57 Am