in

“Salah perempuan!”- Kaum Hawa ‘Panas Telinga’ Dengar Jawapan ‘Social Experiment’ Gangguan Seksual Ni

Fi Sexual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Topik gangguan seksual masa kini seringkali diperdebatkan oleh kebanyakan masyarakat. Apabila isu ini diujarkan, pelbagai pendapat berkaitan dengan faktor dan punca isu ini berlaku akan kita dengarkan.


Isu yang sering menjadi bualan hangat apabila bercakap tentang topik gangguan seksual ini sudah pastinya persoalan punca dan salah siapa isu ini boleh terjadi.

Oleh hal yang demikian, satu video ‘social experiment’ berkaitan isu ini telah pun dijalankan oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan akaun YouTube bernama Raderhud TV. Melalui video tersebut, mereka telah mewawancara kaum Adam dari pelbagai peringkat umur bagi bertanyakan soalan dan pendapat tentang isu gangguan seksual ini.

Salah perempuan ke?

Video berdurasi 12 minit 10 saat itu telah mengundang perhatian netizen terutamanya dalam kalangan kaum hawa oleh sebab jawapan mereka ada yang terlalu mengecam dan menyalahkan kaum wanita sahaja dalam hal ini.

“Perempuan sekarang dah liar..kadang-kadang lelaki tengok perempuan pakaian seksi-seksi, tak cukup kain buat lelaki nak dekat lah…”

Ada di antara mereka yang meletakkan salah terhadap kaum hawa kerana memakai pakaian yang agak seksi dan tidak sopan sehingga ia mengundang perhatian kaum adam. Oleh sebab komen-komen mereka ini, ramai kaum wanita yang ‘panas hati’ dan membidas pendapat mereka di ruangan komen video berkenaan.

Komen Sexual

Salah ibu bapa ke?

Namun, ada juga yang berpendapat salah satu punca isu ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada pemakaian anak-anak perempuan mereka sejak kecil. Kata mereka, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak diberi pendedahan terhadap isu pemakaian serta gangguan seksual yang perlu dielakkan ini.

Betul ke puncanya pemakaian wanita?

Selain itu, ada juga yang memberi pendapat bahawa isu pemakaian tiada masalah dalam hal ini. Hal ini kerana, dikatakan mengikut statistik perbandingan tahun sebelum kita hidup dengan teknologi canggih, kes gangguan seksual berlaku lebih teruk pada zaman ini berbanding zaman dahulu. Ia berkemungkinan disebabkan oleh pengaruh internet yang menjadi salah satu punca masalah ini berlaku.

Gaya hidup pun punca juga?

Pun begitu, isu gaya hidup juga ada disebut oleh salah seorang daripada mereka. Katanya, isu gangguan seksual ini bergantung juga kepada seseorang individu. Zaman kini, dikatakan jika seseorang wanita itu memakai baju yang longgar dan sopan serta menutup aurat sekalipun, tapi kalau dia dah memang secara semula jadi ‘attractive’, kes sebegini masih lagi boleh berlaku kepadanya.

Di minit akhir, host video tersebut juga ada memberi pendapatnya secara individu iaitu punca gangguan seksual ini berlaku bukan disebabkan oleh pemakaian tetapi atas dasar individu itu sendiri. “Walaupun kita sebagai lelaki, melihat seorang perempuan memakai pakaian seksi, itu bukan tiket untuk kata benda yang bukan-bukan” katanya.

Sebenarnya bagus juga social experiment macam ni, banyak input yang kita boleh ambil daripada pendapat orang ramai. Min pun setuju dengan host video ni untuk hentikan budaya gangguan seksual ni. Walau apa pun faktor lain, tetapi perbuatan gangguan seksual itu sendiri memang dah jelas salah.

Baca: Viral Video Wanita Pukul Timbalan Pengarah Syarikat Dengan Mop, Dakwa Kena Sexual Harrasment

Baca Sexual Harrassment

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.