in

[VIDEO] Niat Nak Makan ‘Cinnamon Roll’ Terbantut Lepas Ada Cicak Dalam Bungkusan

Untitled design 2022 07 26T152145.933 e1665296650741

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila membeli makanan di luar dan kemudian membawa pulang ke rumah, antara perkara yang paling perlu dititikberatkan adalah kebersihan.

Banyak peniaga yang mungkin terlepas pandang berkenaan perkara tersebut dan sebagai pelanggan tidak ada salahnya jika kita melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Jangan terus ngap je!


Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @sayakaunani0 apabila dia terjumpa seekor cicak di dalam bungkusan makanan yang dibelinya.

https://www.tiktok.com/@sayakanauni0/video/7123694007481371931?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Video pendek yang telah mendapat tontonan lebih 100k itu menunjukkan beberapa biji cinnamon rolls pelbagai jenis yang diletakkan dalam sebuah kotak bungkusan makanan, sekali imbas memang tidak nampak kewujudan reptilia kecil itu.

Selepas diperhatikan, barulah nampak seekor cicak berada di bahagian tepi kotak tersebut, lebih menyedihkan pengguna TikTok itu memberitahu dia hanya menyedari kewujudan cicak tersebut selepas sudah makan manisan tersebut.

“Ada terambik add on “cicak” ke?”

Sudah pastinya, video pendek itu menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata terkejut dengan kemunculan haiwan kecil itu dan tidak kurang juga yang kembang tekak selepas menonton video tersebut.

cicak

Jaga-jaga bila tapau makanan geng…

Baca: “Peniaga Bungkus Makanan Guna Paku Atau Stapler Boleh Didenda RM10K” – Dr Hisham

7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.