in

“Peniaga Bungkus Makanan Guna Paku Atau Stapler Boleh Didenda RM10K” – Dr Hisham

7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular berkenaan isu makanan yang dibungkus menggunakan paku sebagai pengikat agar makanan tersebut tidak terlerai.


Isu ‘nasi paku’ mendapat perhatian ramai apabila dikatakan seorang kanak-kanak tertelan paku pada bungkusan tersebut, mengakibatkan kanak-kanak tersebut sakit perut dan menangis tidak berhenti.

Sehubungan dengan itu, Dr. Noor Hisham selaku Pengarah Kesihatan KKM telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk mengulas perihal tersebut.

5 4

Kenyataan tersebut menyatakan di bawah Peraturan 37(2), peniaga tidak dibenarkan menyimpan atau menggunakan apa-apa jenis bahan yang berbahaya pada makanan yang dijual, hingga boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko dari bahan tersebut.

Tambahnya lagi, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan tersebut bebas daripada sebarang bentuk pencemaran termasuklah bahan seperti paku.

KKM menasihatkan supaya peniaga makanan agar tidak menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya pada pembungkusan makanan kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan yang serius sekiranya bahan tersebut termasuk dalam makanan dan ditelan pengguna.”

Dalam kenyataan sama, Dr. Hisham turut menegaskan peniaga yang menggunakan paku, dawai kokot (stapler) atau bahan berbahaya lain pada pembungkusan makanan mereka boleh didakwa di mahkamah.

1

Jika peniaga tersebut disabitkan kesalahan, maka hukuman denda tidak melebihi RM10,000, atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan.”

Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan jika bahan berbahaya itu ditemui dalam makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.”

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk membungkus makanan. Boleh pakai getah, boleh pakai plastik pembalut.

Semoga kes adik mangsa ‘nasi paku’ itu jadi pengajaran bukan saja untuk ibu bapa, tapi untuk peniaga jugak, ya…

Sumber: KKM

Baca: Bahana Trend ‘Nasi Paku’, Budak Terpaksa Dibedah Gara-gara Paku Masuk Perut

4 5

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.