Dalam ketegasan mendidik anak kecil, pasti akan ada perkara yang membuatkan hati ini jadi cair, lebih-lebih lagi bila dikongsikan di TikTok macam dua orang anak kepada Ahmad Shukri ini.
Melihat anak lelakinya stress dengan sikap adik perempuannya membuatkan ramai netizen boleh relate dengan kehidupan dewasa sampaikan video ini telah meraih sampai 3.8 juta jumlah tontonan dan masa 21 jam.
Abang dah stress jaga adik
Dalam video tersebut dilihat si ayah bertanya dengan tegas kepada anaknya kerana pulang lewat bermain dari luar, si abang menjelaskan bahawa dia mahu pulang tapi adiknya enggan. Dilihat si abang begitu stress sementara adiknya hanya senyum lebar.
Bagaimanapun si ayah kembali bertutur dengan lembut kepada si abang dan menyuruh masuk ke dalam rumah sebelum video tersebut berakhir.
https://www.tiktok.com/@shukri1902/video/7187383291329121562?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat si abang yang stress nak melayan si adiknya, malah ada juga yang tergelak melihat riak wajah si adik yang ‘macam orang tak bersalah’.
Alahai, kesian tengok si abang tu, stress je melayan adik, tapi masih lagi ambil berat jaga adik sampai adiknya balik.
Baca : “Abang tahu mak takde duit” – Kisah Pengorbanan Remaja Ni Boleh Buat Anda Menangis