Angka korban akibat pandemik Covid-19 di Malaysia kian meningkat dari hari ke hari. Keadaan ini amat merisaukan semua terutamanya ahli keluarga mangsa.
Korang mesti tertanya macam mana mangsa Covid-19 dikebumikan kan? Ada satu video yang admin nak share dengan korang pasal proses pengebumian mangsa Covid-19 di Sandakan, Sabah. Korang boleh tengok video dari @anthraxxxx kat bawah ni.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1320580120902471680
Sedih
Seperti yang sedia maklum, untuk mangsa Covid-19, hanya pihak hospital sahaja yang dibenarkan untuk mengurus dan kebumikan mereka. Ahli keluarga tidak dibenarkan berada bersama atas faktor keselamatan.
Admin sedih tengok video tu. Mati itu pasti, tapi kesian kat waris yang tak dapat tengok dan berikan penghormatan terakhir kepada ahli keluarga. Tak boleh bayangkan perasaan dorang macam mana.
Begitulah pengakhirannya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman. Amiiinn.