in

“Last last yang tak pakai PPE turun lubang kubur” -[VIDEO] Kecoh Keranda Mayat Pesakit Covid-19 Terbuka Waktu Nak Kebumi

Feature4 1

Gempar di Sumatera Selatan apabila proses pengebumian pesakit Covid-19 bertukar huru hara apabila perkara tidak disangka terjadi. Sebuah video viral di media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan apa yang berlaku ketika kejadian.

Menurut Detik, kejadian itu berlaku pada 22 Mei lepas di mana sekumpulan pasukan medik sedang melakukan prosedur untuk mengebumikan jenazah tersebut.

Jenazah itu telah dibalut di dalam sarung berwarna oren dan diletakkan di dalam peti keranda kayu. Namun, ketika sedang menurunkannya ke dalam liang lahad menggunakan tali, penutup keranda itu terbuka membuatkan jenazah terkeluar.

Keranda1

Video itu menunjukkan keadaan menjadi huru hara selepas kejadian itu berlaku dan boleh kedengaran suara seorang wanita yang marah dan menengking pihak medik kerana tidak berbuat apa-apa.

Sebaliknya, warga kampung yang tidak memakai pakaian lengkap PPE cepat-cepat turun ke dalam liang lahad dan membantu menguruskan jenazah. Wanita itu didengari menengking,

Angkat! Bukan angkat kotak, angkat jenazahnya!!!”

Peti4

Boleh juga didengari suara tangisan dipercayai ahli keluarga mangsa Covid-19 berusia 57 tahun itu. Menurut individu yang mengetuai tugas pengendalian pesakit Covid-19, Junaidi Anuar, pasukan tersebut telah dilatih dan melakukan proses simulasi sebelum itu.

Bagaimanapun menurutnya kejadian itu membuktikan pasukan tersebut perlu berlatih lagi untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku. Katanya ketika ditemu bual,

Sebelum pelaksanaan tim telah diberikan briefing dan dilakukan simulasi dan sama-sama melihat video prosesi pemakaman yang telah dilakukan daerah lain. Namun kami menyadari bahwa hal tersebut tidak cukup, sehingga ke depan kami akan melakukan pelatihan terhadap anggota.”

Tonton video di bawah:

Ramainya yang datang waktu kebumi. Dorang ni memang degil eh….

Baca: Penduduk Yang Ingkar Social Distancing Di Indonesia Dihukum Kebumikan Mayat Covid-19!

Feat 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook