in

[VIDEO] Netizen Puji Tindakan Pejalan Kaki Cuba ‘Hempuk’ Penunggang Motosikal Langgar Lampu Merah

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara benda paling menyampah yang berlaku di atas jalan raya adalah bila kita nampak pemandu kereta atau penunggang motosikal langgar lampu merah. Sebab ni jugaklah banyak berlakunya kemalangan.


Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang penunggang motosikal telah melanggar lampu merah di garisan pejalan kaki. Dipercayai, kejadian ini berlaku di Farlim, Pulau Pinang.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang uncle yang cuba melintas telah dihalang oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab itu. Ekoran ini, pejalan kaki tersebut telah menghayunkan plastik beg yang dipegangnya ke arah penunggang tersebut. Nasib baik tak kena…

Kalau korang tengok video ni, korang dapat lihat penunggang tersebut berjaya mengelak dari dipukul dengan menundukkan kepalanya sebelum berlalu pergi. Siapa yang tak bengang kan?

@penang_kini

sila berhenti dan beri laluan kepada pejalan kaki ketika lampu isyarat merah. Kan dh kena.. ? Area ayer itam, Penang #penangkiniviral #penangkini

♬ original sound – Mary Jo

“Tak berani nak balas sebab tahu salah sendiri”

Ekoran tindakannya, rata-rata netizen yang melihat video ini telah memuji cara uncle tersebut dan mengakui orang seperti itu memang patut kena hempuk.

Screenshot 2022 05 18 At 12.50.58 Pm Down

Ha langgar lagi lampu isyarat. Kalau betul-betul kena hempuk, terjatuh jadi satu hal lagi…

 

Baca: “Memang patut pun” – [VIDEO] Tindakan Akak RELA Baling Kayu, Hempuk Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Dipuji Netizen

Tindakan Akak Rela Baling Kayu Hempuk Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.