in

“Memang patut pun” – [VIDEO] Tindakan Akak RELA Baling Kayu, Hempuk Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Dipuji Netizen

Tindakan Akak Rela Baling Kayu Hempuk Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, masih ramai pemandu yang pentingkan diri sendiri serta tidak memikirkan keselamatan orang awam yang lain terutama sekali kanak-kanak. Tak patut betul!


Kadang kala ada anggota beruniform yang terpaksa bertindak sedikit kasar dalam menyedarkan pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab dan sedar akan kesalahan yang dilakukan.

Hal ini sama jugalah dengan satu video viral yang dikongsi di laman Twitter apabila sebuah kenderaan degil tak mahu berhenti di lampu isyarat merah.

Dalam video tersebut, tindakan biadap pemandu kereta tak berhenti ketika lampu isyarat merah menyebabkan seorang petugas RELA segera baling kayu ke arah kereta berkenaan yang terus meluncur laju tanpa pedulikan tentang keadaan sekeliling. Selfish betul!

Perbuatan pemandu tersebut sangat tidak beretika sebab waktu itu banyak pelajar sekolah tengah bersedia nak melintas jalan dan pastinya berbahaya kepada mereka kalau ada pihak terlanggar. Boleh bawa maut tu!

Kalau sebelum ni, apa yang buat orang ramai geram adalah bila mereka terkenangkan kejadian yang sama berlaku di lokasi yang sama di mana petugas RELA hampir dilanggar oleh kereta yang enggan berhenti di lampu isyarat merah.

Selain itu, menerusi video lain yang turut dikongsikan di Twitter, dapat dilihat dengan jelas yang petugas RELA geram dan sempat ‘hempuk’ bahagian bumper kereta tersebut.

Menjengah ke ruangan komen Twitter, rata-rata netizen memuji dan mempertahankan perbuatan anggota RELA terbabit yang dianggap bertanggungjawab dan laksanakan tugas dengan baik. Mana taknya, tindakan berbahaya pemandu akan menyusahkan orang lain dan boleh cederakan pelajar sekolah. Salute lah akak RELA!

“10 bintang untuk sis trafik..terbaik!” – Komen netizen

“Respect. Tq kak” – Komen netizen

Komen Akak

Ada juga netizen yang meminta pihak yang melihat kejadian itu agar buat laporan polis untuk diambil tindakan selanjutnya kerana dalam 2 tahun lepas pernah ada budak sekolah meninggal dilanggar di lokasi yang sama.

Itulah sebabnya kita kena belajar memandu betul-betul waktu ambik lesen kereta dulu!

Baca: “Sampai helmet pecah” – Penunggang Motosikal Maut Terpelanting Gara-gara Berlanggar Dengan Pemandu Tak Beri Signal

Bawah 8

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.