in

[VIDEO] Musa Aman di London?

MUSA TAK AMAN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Musa Aman di London?
Loading
/

TERGEMPAR! Kalau minggu lepas kecoh kehilangan Tan Sri Musa Aman secara tiba-tiba apabila pihak polis dan SPRM mencari beliau di kediaman dekat Sabah, hari ni muncul pulak sebuah video menunjukkan individu yang kelihatan seperti Musa di London. 

Menurut MMO, individu berbaju merah yang kelihatan seperti Musa itu berada di stesen keretapi London bersama troli berisi beberapa buah beg.


Pun begitu, penularan video tersebut telah diketahui Komisioner Polis Sabah, Datuk Ramli Din bila dihubungi media hari ini (31 Mei). Video tersebut difahamkan telah dirakam semalam oleh pengguna Facebook yang berasal daripada Malaysia ketika berada di stesen landasan keretapi antarabangsa St Pancreas. Lelaki di dalam video itu jugak kelihatan seperti sedang travel bersama anak-anak kecil.

“Saya boleh sahkan bahawa lelaki di dalam video itu adalah Tan Sri Musa Aman. Dia dalam perjalanan menuju ke jalan keluar St. Pancreas International Station, London. Dia bersama keluarganya,” kata pengguna Facebook bernama Az Eem yang viralkan video tersebut.

musa aman london 3105
Sumber: Facebook

Musa Aman kali terakhir dilihat berlepas menaiki pesawat dari Sabah ke Kuala Lumpur pada 14 Mei untuk menghadiri mesyuarat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sejak dari itu, kenyataannya kepada media hanya dikeluarkan oleh peguam, Zahir Shah.

Dia kini menjadi buruan polis untuk membantu siasatan selepas Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin buat laporan polis terhadap Musa atas pertuduhan intimidasi jenayah yang mana Musa jugak dipercayai membeli sokongan wakil rakyat Sabah berikutan keputusan PRU14 lepas.

Korang rasa tu betul ke Musa Aman? Kalau betul, harap-harap dia pulanglah ke Sabah. Nak lari ke mana jauh-jauh tu….

Baca: Musa Aman Dikehendaki Polis, Dah Larikan Diri? 

Musa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.