in

Musa Aman Dikehendaki Polis, Dah Larikan Diri?

Musa Aman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Rabu 23 Mei, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu rumah Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman. Beliau yang dikehendaki polis berhubung isu di negeri itu bagaimanapun kini dipercayai sudah meninggalkan negara, lapor The Star.


Musa 2
sumber: the star

Kehilangannya terus menjadi tanda tanya dan polis Sabah hari ini mengesahkan pemimpin itu memang  tidak berada di negeri berkenaan. Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau juga berkata, pihaknya turut meminta Musa tampil membantu siasatan berhubung kes ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Kita minta dia (Musa) untuk tampil beri kerjasama. Kita mahu merakam keterangannya untuk pastikan apa cerita sebenar yang berlaku.”

Musa 1
sumber: nst

Sumber-sumber SPRM berkata mereka telah cuba untuk memastikan Musa dihalang daripada keluar negara beberapa hari yang lalu, tetapi sumber mengatakan bahawa dia telah meninggalkan luar negara sebelum dia disenarai hitam. Malah, Musa dipercayai mungkin pergi ke Brunei dan Singapura sebelum terbang ke London.

Musa dilihat kali terakhir ketika menaiki pesawat Malindo Air ke Kuala Lumpur pada 14 Mei dan di mesyuarat UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mula-mula Abang Jamal lari dari tahanan polis, ini Musa pula. Depa nak ke mana agaknya ye?

Baca: Jamal Yunos Larikan Diri Dari Tahanan Polis

Jamal Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.