in

[VIDEO] Meremang! Petugas Kesihatan Terakam Suara Perempuan ‘Menyanyi’ Pukul 4 Pagi Dalam Ambulan

Fi Seram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kewujudan makhluk halus di dunia ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Walaupun tak dapat dilihat, tapi gangguannya itu boleh datang dalam pelbagai cara antara dari bunyi, usikan dan macam-macam lagi.


Macam kisah yang dikongsi oleh seorang frontliner ini, boleh membuatkan kita jadi seram sejuk nak dengar.

 

Dengar suara perempuan dalam ambulan?

Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila perkongsian oleh seorang jururawat ini mendapat perhatian ramai.

Kisahnya wanita dikenali sebagai Ain ini menyatakan bahawa dia secara tak sengaja rakam suara perempuan bersenandung di dalam ambulan. Dia menyatakan bahawa pada waktu itu dia bersama dua orang petugas dalam perjalanan balik ke Hospital Seberang Jaya selepas menghantar dua orang pesakit Covid-19 di sebuah hospital lain pada jam 4 pagi.

Ketika itu juga, hanya dia seorang yang duduk di bahagian belakang ambulan dan dua orang lagi di bahagian depan.

Namun selepas dia dengar semula rakaman berkenaan, Ain terdengar seperti ada suara perempuan lain yang seakan sedang bersenandung dengan suara yang lembut. Ain menyatakan itu memang bukan suara dia sebab hanya dia seorang saja di bahagian situ ketika itu.

Posting Ain ini menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 550k views di TikTok.

@ainnur287

?

♬ original sound – Ain Nur – Ain Nur

 

“Dengar macam dia nyanyi seharum bunga yang menggoda”

Di ruangan komen, ramai netizen yang menyatakan mereka turut terdengar suara berkenaan dan di samping ada juga yang berkongsikan kisah seram seperti dialami oleh Ain.
Reak Seram 1 Edit Reak Seram 2 Edit Reak Seram 3 Edit Reak Seram 4 Edit
Suara halus je, seramm min dengorrr
Foot Seram
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.