Mesti korang pernah dengar kan ayat datuk nenek dulu selalu kata, “jaga diri pergi tempat orang, takut jadi apa-apa”. Di sebalik pesanan yang dianggap biasa ini, mesti ada sebabnya kenapa orang-orang dulu selalu beri pesanan macam ni kalau kita nak ke suatu tempat.
Lebih-lebih lagi kalau kita nak masuk ke hutan, makin banyaklah pantang larang yang perlu kita jaga. Sebabnya banyak kisah yang boleh jadi dalam tempat sebegitu, dan salah satunya macam kisah beberapa orang pendaki ni.
Hujan lebat waktu hiking, terdengar wanita menangis
Beberapa hari lalu, tular beberapa buah video menunjukkan beberapa orang pendaki masuk ke dalam hutan dan mengalami pengalaman seram ketika berada disana.
Menurut Minews.id, kumpulan pendaki lelaki itu mendaki sebuah gunung pada waktu malam dan mereka terperangkap di dalam hutan akibat hujan lebat. Nasib baiklah mereka bawa flysheet ketika itu, lalu digunakan untuk berteduh.
Selepas hujan reda mereka semua memasang khemah yang dibawa sambil beristirehat bersama, lalu mereka semua masuk tidur.
Namun kejadian yang tak disangka berlaku, apabila mereka semua terjaga dari tidur selepas terdengar suara wanita menangis di kawasan berdekatan. Lebih menyeramkan, ketika itu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Siapa yang tinggal dalam hutan ni? Tachodd em.
https://www.tiktok.com/@riqndzi/video/6978858775096675585?_d=secCgYIASAHKAESMgowFoD3x38ZCUN7eTW8%2FiOZTvJmnlvkvM3VswEvibzvwK1t28Lrx9wXShTC54kSg87zGgA%3D&checksum=5c14c6d159d19de8fc161964aba48d21368ad9fdfe41d4e4520d2e83db0ef5b4&language=en&mid=6817164426995566593&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAGbG0k3d5F0xKUGVHy8ujhtXNC-q4FrRH7mqmT9qM3CbafH6YLhDZo5VbMZR08BLo&share_app_id=1180&share_item_id=6978858775096675585&share_link_id=2b4b15b5-1ad3-4089-9b8f-eac6ad7b7ada&source=h5_t×tamp=1625195835&u_code=dh253fh6444h26&user_id=6927140709510251521&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menangis macam tengah ‘meraung’, beranikan diri pergi cari
Menerusi perkongsian oleh @riqinurhafidzil ini, pada mulanya mereka ragu-ragu untuk keluar dari khemah selepas terdengar suara wanita itu. Namun selepas seketika, mereka semua beranikan diri untuk mencari suara tersebut sebab rasa kasihan dengar suara tangisan yang makin kuat. Berani betul dorang.
Sambil mencari itu, salah seorang daripada mereka turut melaungkan azan berharap agar tiada apa-apa perkara buruk berlaku pada mereka semua.
https://www.tiktok.com/@riqndzi/video/6979576977179168002?_d=secCgYIASAHKAESMgowFoD3x38ZCUN7eTW8%2FiOZTvJmnlvkvM3VswEvibzvwK1t28Lrx9wXShTC54kSg87zGgA%3D&checksum=5c14c6d159d19de8fc161964aba48d21368ad9fdfe41d4e4520d2e83db0ef5b4&language=en&mid=6817164426995566593&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAGbG0k3d5F0xKUGVHy8ujhtXNC-q4FrRH7mqmT9qM3CbafH6YLhDZo5VbMZR08BLo&share_app_id=1180&share_item_id=6978858775096675585&share_link_id=2b4b15b5-1ad3-4089-9b8f-eac6ad7b7ada&source=h5_t×tamp=1625195835&u_code=dh253fh6444h26&user_id=6927140709510251521&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menurut Riqi, part 3 kejadian susulan akan dimuat naik kemudian.
Apalah jadinya dekat dorang tu kan? Betol ke memang ada wanita dekat tempat macam tu? Serammm!