in

[VIDEO] Makcik Usia 80 Tahun Gagah Jual Milo Kotak Bawah ‘Flyover’, Rupanya Sebab…

Makcik Jual Air Milo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia sering menghadapi ujian kehidupan. Ketika kita sedang hidup senang dan selesa, pasti ada orang di luar sana yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran.


Ujian dan dugaan yang datang tidak akan mengira usia seseorang itu. Walaupun perit dan berat bahu untuk menghadapinya, ia perlu dilakukan demi meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, telah tular di Tiktok melalui akaun @b.fastoree2 yang memaparkan seorang warga emas sedang menjual air Milo kotak di bawah flyover.

@b.fastoree2

Inshallah ada rezeki kita jumpa lagi ye makcik . Doakan semua ” Ya Allah Semoga makcik sihat selalu, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan . Aminn #fyp

♬ original sound – B.FASTOREE – B.FASTOREE

Menurut pemilik akaun itu, Nurul Fazierah Mashdin, wanita tua itu berniaga seorang diri dan berjalan kaki dari rumahnya ke flyover berkenaan yang terletak kira-kira lapan minit dengan menaiki kenderaan, lapor mStar.

Rupanya suami dah lama meninggal…

Semasa dia menyinggah untuk membeli jualan wanita itu, dia sempat berborak serba sedikit bersamanya.

Katanya, suami kepada wanita tua itu telah pun meninggal dunia 10 tahun yang lalu dan apabila ditanya mengenai anak-anaknya, wanita berusia 80 tahun itu mula menangis.

Fazierah mengambil keputusan untuk tidak ‘push’ dengan soalan yang sensitif, dia hanya mengenali wanita itu sebagai ‘makcik’ dan memberitahu yang dia berumur lebih 80 tahun.

Screenshot 2022 11 22 142150

Oleh kerana berasa kasihan, Fazierah dan rakan telah menghantar wanita itu pulang ke rumahnya yang terletak di sebuah flat di Jalan Klang Lama.

“Saya juga sempat belikan barangan makanan serba sedikit untuknya ketika itu,” ujar wanita berusia 22 tahun itu.

Dia juga pernah cuba menghubungi pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew di media sosial untuk memohon bantuan bagi wanita tersebut. Namun, mesej tersebut masih belum dijawab mungkin sebab ustaz menerima banyak mesej dan terlepas pandang.

Screenshot 2022 11 22 142309

Tambah Nurul Fazierah, disebabkan dia telah buntu, dia mengambil keputusan untuk memuatnaik video warga emas berkenaan di laman sosial.

Niatnya adalah agar siapa-siapa yang nampak makcik ini berniaga untuk mohon bantu setakat mana yang mampu ataupun membeli jualannya.

Warganet berhasrat nak tolong

Screenshot 2022 11 22 142446

Screenshot 2022 11 22 142457

Disebabkan video itu tular, ia telah meraih perhatian warganet yang berhasrat untuk membantu meringankan beban warga emas tersebut.

Namun, buat masa kini, Fazierah masih mengumpul maklumat dan mencari keberadaan terkini makcik tersebut dan meminta orang ramai yang mungkin ternampak makcik ini untuk tampil dan hubunginya.

Semoga makcik tu mendapat bantuan yang sepatutnya…

Baca : 6 Pelajar Ditahan Polis Selepas Video Tendang Warga Emas Tular

Nenek Ditendang 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: mStar
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.