in

6 Pelajar Ditahan Polis Selepas Video Tendang Warga Emas Tular

Nenek Ditendang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warga emas seharusnya dijaga kerana mereka mempunyai banyak kekurangan dan mereka sudah tidak mampu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti orang muda.


Baru-baru ini, tular sebuah video yang menyayat hati di media sosial apabila terdapat seorang warga emas ditendang oleh beberapa orang pelajar yang sedang menunggang motosikal.

Menurut laporan Detik, difahamkan, video tersebut dirakamkan di Tapanuli Selatan, Sumatera Utara, Indonesia.

Video berdurasi 13 saat itu, memaparkan beberapa orang pelajar berpakaian uniform pengakap menghampiri seorang warga emas yang sedang berjalan sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menendang wanita berkenaan.

Selepas terjatuh, nenek itu kelihatan menjerit meminta tolong sambil berjalan menyelamatkan diri dan pelajar-pelajar itu segera meninggalkan lokasi tersebut dengan menaiki motosikal masing-masing. 

Ketua Polis Daerah Tapanuli Selatan AKBP Imam Zamroni berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung video berkenaan dan setakat ini, enam orang telah ditahan.

“Pelakunya merupakan pelajar berusia di antara 15 hingga 16 tahun, mereka masih belajar pendidikan vokasional.” katanya.

Tergamak buat orang tua macam tu, tak kesian ke?

Baca: Pelajar ‘Kantoi’ Jual Peranti Siswa Sebab Nak Beli iPad?

Pelajar Jual Peranti Siswa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.