Beberapa pemandu dilihat hampir-hampir hilang kawalan ketika melalui satu laluan utama di kawasan berhampiran Universiti Selangor (UniSel) di Seksyen 7, Shah Alam.
Kejadian itu dilihat menerusi beberapa rakaman di Twitter kiriman @adiehussin94 yang menyaksikan banyak kenderaan terjongket dan melambung saat melalui kawasan itu kerana terdapat bonggol tinggi. Menurut pengirim, bonggol tersebut tidak ada garisan kuning.
“Aku sendiri hampir accident”
Kata lelaki ini lagi, kiriman video yang telah meraih lebih daripada 18K jumlah retweets dalam masa 12 jam itu dibuat bertujuan untuk mengingatkan kepada pemandu lain agar sentiasa berhati-hati jika melalui kawasan tersebut pada waktu malam kerana dirinya sendiri hampir terlibat dalam kemalangan saat melalui kawasan tersebut.
“Aku pon tak tahu macam mana nak suruh diorang perasan kat situ ada bump, so pihak berwajib, jalankan tugas anda!!”
Tp be honest aku record sbb nak tnjuk bukti bahawa betapa bahaya nya pada waktu malam sbb xde line kuning, aku sendiri pon hampir accident. And aku pon xtahu mcm mane nk suruh diorang perasan kt situ ada bump, so pihak berwajib, jalankan tugas anda!!
— ABANG KIAH (@adiehussin94) December 11, 2022
Pengirim juga mengatakan dia duduk di tempat tersebut selama 10 minit untuk melihat keadaan pemandu lain yang lalu di kawasan tersebut.
Atas perkongsian tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof terpanggil untuk kongsikan video tersebut dan meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera mengambil tindakan sewajarnya.
Dalam perkongsian selanjutnya, beliau menunjukkan satu video bahawa telah berlaku kemalangan dan kerosakan serta turut berterima kasih kepada mana-mana orang awam yang menjadi sukarelawan untuk membantu memberikan isyarat kepada pengguna jalan lain agar memperlahanan kenderaan mereka
Berdasarkan laporan Sinar Harian, difahamkan pihak MBSA telah meletakkan papan tanda amaran di laluan berkenaan pada petang Ahad sebelum selesai mengecat jalur kuning pada sebelah malamnya.
Bagaimanapun, disebabkan masih belum menyedari perubahan tersebut lalu pengguna jalan raya memandu pada had kelajuan biasa menyebabkan kenderaan dipandu mereka melambung.