in

“Kenapa beli palsu?” – Christy Ng Terjah Kedai Jual Koleksi Beg Ciplak Jenamanya Di China

Christy Ng Beg Ciplak China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas jenama kasut dan beg tangan tempatan, Christy Ng membongkar taktik pengeluar di China apabila banyak koleksi jenamanya sendiri diciplak dan dijual di serata kedai di sana.

Dalam pendedahan yang dikongsikan itu, Christy sendiri turun padang dan meninjau kedai-kedai yang menjual barangan tiruan menggunakan jenamanya.


“Kita nak pergi melihat beg tiruan Christy Ng di China. Christy Ng dah mendunia tau. Di China pun ada beg palsu kita. Jom kita pergi tinjau,” katanya.

Artikel berkaitan: Gadis Tular Lepas Rumah ‘Total Lost’ Akibat Kebakaran, Tapi RM30 Dalam Beg Tangan Terselamat!

Artikel berkaitan: Bina Surau Cantik & Selesa Untuk Pekerja Muslim, Majikan Non-Muslim Ini Dipuji Netizen

Menerusi video itu, Christy masuk satu persatu kedai yang menjual beg tangan tiruan jenamanya sendiri.

Terdapat penjual dari premis lain yang menunjukkan kepada Christy rekaan beg jenamanya yang menjadi best seller di premis mereka.

Screenshot 2026 05 08 153302

Christy mendakwa koleksi beg tersebut banyak permintaan daripada Indonesia dan Malaysia, yang merupakan pasaran utama jenama ini.

“Diaorang cakap ramai permintaan daripada Indonesia dan Malaysia. We’re world class now.

“Di China pun ada Christy Ng tau. Orang beli dari sini, datang ke kedai kita, minta tukar, minta waranti. Mati saya.

“Kenapa nak beli copy sedangkan tambah sikit je dapat original,” sindirnya.

@christyemilylove

Ekspedisi Christy di China

♬ original sound – Christy Ng 💛 – Christy Ng 💛

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat tidak perlu mendapatkan barangan tiruan jenama Christy Ng kerana ia sememangnya dijual pada harga mampu milik dan tidaklah terlalu mahal.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.