in

“Kejarlah cita-cita” – Marissa Dania Ikut Adik Sambung Belajar, Netizen Titip Kata-kata Semangat

Marissa Dania Sambung Belajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Norman Hakim berkongsi khabar gembira apabila dua anak perempuannya, Marissa Dania dan Maria Danisha bakal menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Norman memaklumkan perancangan asal mahu mendaftarkan Danisha namun ketika pertemuan dengan pihak universiti, Marissa juga bersetuju untuk turut serta adiknya dengan mengambil jurusan yang sama.


Kedua-dua anaknya akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan bermula daripada peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda.

“Melihat keputusan SPM Marissa memberansangkan dan penerimaan sangat positif diatas proposal yang dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah.

“Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Danisha & Human Resources buat Marissa,” kata Norman.

Dalam pada itu, Norman turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak universiti yang banyak membantu merancang perjalanan pendidikan anak-anaknya.

Melihat kedua-dua anak perempuannya bakal memasuki universiti, Norman berharap dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.

Artikel berkaitan: Hanya Geleng Kepala Ketika Ditanya, Marissa Dania Menangis Selepas Keluar Mahkamah?

Artikel berkaitan: “Hati yang diam…” – Maria Danisha Hakim Luah Perasaan Tentang Usaha Yang Tidak Dilihat

Netizen titip kata semangat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kedua-duanya dipermudahkan.

Malah, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat mereka berdua agar mendahulukan ilmu pada usia muda.

Screenshot 2026 05 08 110334 Screenshot 2026 05 08 110346 Screenshot 2026 05 08 110403 Screenshot 2026 05 08 110435

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.