Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kemalangan yang didakwa berlaku di Klang kerana jalan raya yang licin akibat tumpahan minyak.
Menerusi video yang dikongsikan di X, kenderaan terbabit dilihat dipandu seperti biasa sebelum terbabas dan merempuh penghadang konkrit jalan.
Kemalangan itu disusuli oleh beberapa kenderaan lain juga yang menghadapi situasi sama apabila kereta mereka terbabas dan terpesong ke tepi akibat permukaan jalan raya licin.
Klang Darul Colombia
kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawak slow-slow sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya…
Kredit video owner pic.twitter.com/cbXOD4dpgV
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 15, 2024
Artikel berkaitan: “Peragut tutup no plat guna plastik” – Wanita Diragut & Langgar Lari Ketika Bawa Motosikal Di Klang
Artikel berkaitan: Naik Taraf Jadi Bandar Raya Diraja, Ini 5 Tempat Menarik Di Klang Yang Ramai Tak Tahu!
Menerusi posting Naratif Rakyat di X, kejadian itu difahamkan bukan pertama kali berlaku di sekitar Klang.
(Pada) 13 April lalu, (kejadian tumpahan minyak) berlaku di depan MBDK (Majlis Bandaraya Diraja Klang) menyebabkan lima hingga enam kereta terbabas,” katanya.
Dalam pada itu juga, para netizen menyeru agar orang ramai yang memandu semasa di Andalas atau Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menghala ke Klang untuk berhati-hati dengan perkara tersebut.
Menurut Sinar Harian, akibat rempuhan tersebut kenderaan terbabit dilaporkan mengalami kerosakan tapi tiada butiran lanjut mengenai mangsa kemalangan.
Korang take note ya bagi yang duduk di Klang. Hati-hati ketika memandu!
Sumber: X, Sinar Harian