in

Naik Taraf Jadi Bandar Raya Diraja, Ini 5 Tempat Menarik Di Klang Yang Ramai Tak Tahu!

Collagefeat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan mengisytiharkan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang yang menjadikan ia satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai status Diraja di dalam negara.


Ekoran ini, baginda bertitah supaya Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Selain itu, Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Sempena meraikan Klang yang telah diisytihar sebagai bandar raya keempat di Selangor ini, apa kata kita tengok tempat-tempat menarik yang ada di Klang ni yang ramai sebenarnya tak sedar pun ada. Jom!

1. GM Klang

Gm Klang 1200

Untuk korang yang suka beli barang-barang murah macam di Shopee tapi tak suka nak tunggu lama untuk barang sampai ke tangan korang. Korang boleh pergi ke GM Klang ni tau!

Kalau korang nak tahu, GM Klang ni merupakan pusat membeli belah terbesar di Malaysia dan telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records tau!

Macam min cakap tadi, dekat pusat membeli belah ni memang sama macam Shopee sebab dia ada jual macam macam barang, dari pakaian, barang hiasan rumah, aksesori perkahwinan, karpet, mainan kanak-kanak dan macam-macam lagilah. Lagi best, korang boleh teliti sendiri barang ni sebelum korang beli.

2. Kuil Kwan Imm Teng

Kalau korang nak tahu, Klang mempunyai tapak warisan iaitu Kuil Kwan Imm Teng yang merupakan kuil Cina bersejarah yang berusia lebih 130 tahun yang didedikasikan kepada Guan Yin iaitu dewi pengampunan untuk agama Buddha/Taiosme.

Ditubuhkan pada 1892, kuil ini dibina oleh pendatang Hokkien dari China yang telah tinggal di Klang ketika ledakan perlombongan bijih timah. Sejak itu, kuil ini telah dialihkan sebanyak tiga kali dan lokasi terkini adalah di Jalan Raya Barat.

3. Taman Rakyat Klang

2147608

Taman Rakyat yang terletak di Taman Sri Andalas ini dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau dan berukuran sebesar 81 ekar.

Tak cukup dengan itu, pada waktu pagi taman-taman ini juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkumpulan seperti zumba atau tai chi yang boleh disertai oleh pengunjung dan turut terdapat taman permainan untuk kanak-kanak.

Apa yang membuatkan taman ini istimewa adalah kesemua kemudahan di sana turut dijaga dengan baik dan bersih serta turut menyediakan tandas dan surau.

4. Tanjung Harapan

Tanjung Harapan Klang

Kalau nak tengok matahari terbenam pula, korang boleh pergi ke Tanjung Harapan yang terletak di Pulau Indah ini. Di sana korang boleh buat beberapa aktiviti seperti menangkap gambar, memancing dan berjoging.

Pada waktu malam pula korang boleh berkunjung ke medan-medan ikan bakar yang dibuka di sepanjang pantai sambil menikmati angin laut. Fuhhh

5. Jalan-jalan di bandar

Royal Klang Town Heritage Walk Tourism Selangor Banner

Di Klang memang penuh dengan bandar-bandar bersejarah yang masih mengekalkan seni bina lama yang menunjukkan identiti Klang sebagai bandar berbilang bangsa. Antara yang korang boleh jumpa di sana adalah bekas bangunan Chartered Bank yang merupakan bank pertama dan tertua di Malaysia yang kini dikenali sebagai Chennai Silk Palace, Stesen Keretapi Klang, Kubu Raja Mahadi, Jambatan Kota dan banyak lagi.

Malah, Majlis Bandar Raya Diraja Klang telah mengenalpasti sebanyak 24 tempat menarik yang boleh dilihat sepanjang perjalanan di bandar Klang ni tau!

Sumber: MalaysiaKini, Time Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.