in

“Bukan sahaja Melayu, Cina & Inggeris” – Oriental Kopi Bakal Dikeluarkan Dalam Versi Bahasa Tamil!

Syaz Ft 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas pernah menerima kritikan netizen berikutan isu penggunaan bahasa pada menu kedai yang didakwa tidak menyelitkan Bahasa Melayu, rangkaian restoran popular Oriental Kopi nampaknya mengambil langkah bijak dan terbuka dalam menerima teguran awam.

Terbaharu, Pengasas Oriental Kopi, Calvin Chan, menerusi hantaran di media sosialnya mengumumkan pelancaran menu baharu yang tampil lebih inklusif dengan menggunakan tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. Langkah penambahbaikan ini diperkenalkan khas sempena pembukaan cawangan sulung Oriental Kopi di negeri Kedah.


Artikel berkaitan: “Sebagai jenama yang lahir di Malaysia” – Ditegur Tiada Bahasa Melayu Dalam Menu Oriental Kopi, Ini Reaksi Founder

Artikel berkaitan: Fasih Tutur Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin & Tamil, Wakil Miss World Malaysia Dipuji

 

View on Threads

 

Inisiatif Mesra Pelanggan Berbilang Kaum

Menurut Calvin, beliau merakamkan rasa terharu apabila menu terbaharu itu akhirnya berjaya disiapkan bagi memudahkan proses pesanan oleh pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

“Hati saya memang terharu, nampak menu kali ini hadir dalam 3 bahasa (Melayu, Cina & Inggeris) , supaya pelanggan-pelanggan daripada pelbagai kaum dan latar belakang lebih mudah dan selesa nak buat pesanan,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Beliau turut menambah bahawa pihak pengurusan kini sedang bertungkus-lumus mencetak rekaan menu baharu tersebut untuk diedarkan ke semua cawangan lain secara berperingkat.

Bukan itu sahaja, keprihatinan pihak Oriental Kopi tidak berhenti di situ apabila menu versi Bahasa Tamil turut diusahakan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Reaksi Netizen: Puji Sikap Rendah Diri & Pantas Ambil Tindakan

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan menyambut baik perubahan positif yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan selepas kesilapan lalu. Ramai yang memuji sikap rendah diri pengasasnya yang mendengar teguran rakyat Malaysia.

Cats 12

Perubahan ini membuktikan bahawa jenama tersebut sedia memperbaiki kelemahan demi menjaga keharmonian serta keselesaan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.