in

[VIDEO] Kereta Dah Bayar Tol Tapi Tak Sempat Keluar Sebab Palang Tutup Balik Lepas Motor Lalu

Ft Motor Lalu Palang Tol Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu keistimewaan bagi penunggang motosikal adalah tidak perlu membayar tol selain daripada menjimatkan perbelanjaan petrol. Disebabkan itu, sudah semestinya mereka perlu mengikut laluan khusus yang telah disediakan agar tidak mengganggu aliran kenderaan lain ketika berada di plaza tol.


Walaubagaimanapun masih ada segelintir yang memilih untuk ‘cilok’ di tepi palang, perkara ini boleh mendatangkan kemarahan pengguna kenderaan pacuan empat roda kerana insiden seperti dalam video di bawah ini boleh berlaku.

Bayar tol, motor pergi lalu, palang tutup, kena bayar lagi.

Satu rakaman daripada dashcam sebuah kereta viral setelah ia dikongsikan di Facebook, rakaman yang memperlihatkan kereta sedang berada di sebuah plaza tol.

Dalam video itu, pemandu ada membayar tol dan kelihatan palang terbuka, namun ada sebuah motosikal lalu dan menyebabkan palang kembali tertutup sebelum pemandu itu memulakan perjalanan mereka.

Touch N Go

???

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Wednesday, May 11, 2022

Menyusahkan pengguna lain – Netizen

Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenalpasti, kelakuan dia telah mengundang kecaman orang ramai kerana tidak menggunakan laluan khusus tetapi memilih untuk ‘memperdajalkan’ pengguna jalan lain.

Tol3 Tol2 Tol

Dalam masa 21 jam ia dimuatnaik, video ini telah meraih lebih daripada 68K jumlah tontonan, ramai juga yang kongsikan pengalaman seakan sama seperti dalam video ini tetapi dalam situasi yang berlainan.

Ada juga yang kongsikan maklumat nombor kenderaan daripada penunggang tersebut. Apapun diharap isu ini dapat perhatian pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Baca : [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Pemandu Kena Bayar Tol 2 Kali Sebab Motor Lalu

Ft Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.