in

[Video] Keluar Dengan Lelaki Lain, 17 Remaja Bergaduh Gara-Gara Seorang Perempuan

Bergaduh4

Gara-gara seorang wanita, 17 remaja berumur lingkungan 17 tahun hingga 19 tahun telah ditangkap kerana mencetuskan kekecohan di tempat awam.

Mereka melakukan pergaduhan di hadapan hotel terkemuka di Jalan Tun Abang Haji Openg, Sawarak Ahad lalu (17 Januari 2021).

 

Bergaduh sebab perempuan

Menurut Kosmo! Punca kejadian yang berlaku sekitar jam 11.50 pagi itu disebabkan ada salah faham apabila salah seorang teman wanita pelaku keluar dengan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata, salah seorang suspek telah membawa sekumpulan rakannya untuk confront’ dengan seorang remaja lelaki yang dipercayai telah membawa teman wanitanya keluar bersama.

“Susulan itu, keadaan menjadi tegang apabila berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran di antara kedua-dua kumpulan sehingga menyebabkan pergaduhan fizikal melibatkan topi keledar motosikal sebagai senjata.” 

Video kejadian telah dirakam oleh orang awam yang berada kawasan tersebut dan viral di Twitter. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, menjelaskan bahawa kejadian itu telah dileraikan apabila pihak polis tiba di lokasi lebih kurang 12.10 tengahari.

Polis berjaya menahan empat orang lelaki sebelum menahan dua lagi suspek ketika mereka sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan,

 

Baca : [Video] Viral 3 Lelaki Bergaduh Dalam Kelab Malam di Johor, Rupanya Berebut ‘Awek’

Kelabmalam