in

[VIDEO] Kejadian Curi Kereta Di Stesen Minyak Semantan, Wanita Sampai Terseret Atas Jalan Gara-gara Nak Kejar Pencuri

Curi Curi Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah ada di mana-mana, tak kira korang di tempat awam yang ramai orang pun sebab kejadian buruk seperti yang berlaku kat bawah ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.


Menerusi perkongsian page I Love Pahang, satu kejadian kecurian kereta telah berlaku di Stesen Minyak PETRON Semantan dekat Temerloh, Pahang.

Berdasarkan video yang viral di page tersebut, korang boleh lihat seorang pemandu wanita sedang mengisi minyak kereta berwarna kuning.

Namun tak sampai beberapa saat, datang seorang lelaki berbaju kelabu dengan selambanya masuk ke dalam kereta tersebut dan membawanya lari. 

Kereta 2

Apa yang buat min rasa lebih takut ialah pemandu wanita tu sempat berpaut pada pintu hadapan kereta tersebut semasa kereta itu dibawa lari. Fuh terseret perempuan tu atas jalan!

Kereta 3

Tapi nasib baiklah pegangannya terlepas pada pintu kereta tu sebelum kereta tersebut bergerak lebih jauh. Kalau tak memang cedera teruk perempuan tu! 

Kejadian dikatakan berlaku di Stesen Minyak PETRON Semantan, Temerloh… Pengajaran buat semua, matikan enjin kereta dan…

Posted by I ♥ PAHANG on Isnin, 28 September 2020

 

“Semasa isi minyak off enjin kereta tu…” 

Rata-rata netizen yang melihat video terkejut dan marah dengan apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, ramai yang memberi peringatan supaya matikan enjin kereta semasa mengisi minyak dan lebih baik kalau jangan tinggalkan kunci di dalam kereta semasa pergi mengisi minyak. Kena sentiasa berwaspada selalu.

Laknat

Haish takutlah dengan kejadian macam ni. Hati-hati kalau isi minyak tu ye korang! 

Baca: “Dah mencuri, buat kecoh pula!” – Lelaki ‘Naik Hantu’ Serang Pekedai Dan Orang Awam Guna Parang 12 Inci

Hallo

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.