in

JKR Jawab Isu Jeti RM50k Di Sarawak, Mahal Sebab Sungai Banyak Buaya?

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial bila netizen persoalkan tentang hasil pembinaan jeti di Sarawak yang menelan belanja sehingga RM50,000 tapi hasilnya nampak murah.


Majlis Penyerahan Projek Siap ‘Bina Baru Jeti Kampung Mutap’ …

Posted by Corporate Communication JKR Sarawak on Thursday, April 7, 2022

Ekoran dikecam selepas melihat hasil jeti RM50k yang tidak seberapa ini, JKR Sarawak telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

Dikatakan, JKR Bahagian Miri telah pergi ke Kampung Mutap untuk melawat kawasan dan melihat keadaan jeti lama pada 21 September 2021.

Pada awalnya, ketua kampung di sana telah meminta jambatan besi sepanjang 30 meter termasuk pondok yang diperbuat daripada kayu balak. Jambatan besi yang diminta oleh ketua kampung ini lebih kukuh namun ia akan menelan belanja yang lebih banyak.

Pun begitu, wakil JKR telah memberitahu permintaan tersebut tak dapat ditunaikan kerana bajet hanyalah RM50,000. Dengan jumlah yang ada, hanya jeti sepanjang 15 meter diperbuat dari kayu belian dengan dua tangga boleh dibuat.

PRESS STATEMENTRTP PROJECT N.71 BEKENU ‘BINA BARU JETI KAMPUNG MUTAP, BEKENU’

Posted by Corporate Communication JKR Sarawak on Sunday, April 10, 2022

Ketua kampung akhirnya bersetuju untuk membuat jeti yang lebih bersesuaian dengan bajet yang sedia ada.

Ketua kampung turut dimaklumkan tentang keadaan sungai tersebut yang dipenuhi dengan buaya dan kontraktor yang dilantik perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa pemasangan tersebut dijalankan.”

Bukan itu sahaja, jalan untuk masuk ke Kampung Mutap juga susah kerana tiada jalan yang telah diturap jadi ia menambahkan kesukaran pembinaan jeti tersebut.

 

Baca: “Kayu import hutan Amazon ke?” – Pembinaan Jeti Di Sarawak Bernilai RM50K Undang Persoalan Ramai

F3 Jmbtn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.