in

[VIDEO] Ibu Kongsi Kisah Seram, Anak Nangis Tak Henti Lepas Curah Air Panas di Kawasan RNR

Page Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita baru je masuk tahun 2022, jangan terkejut pula kalau masih ada beberapa kejadian seram atau ghaib yang berlaku tau…


Tambah pula kalau ‘benda-benda’ ni suka dengan budak kecil. Memang tak boleh nak jangka apa yang akan jadi bila diorang kena ‘tegur’. Macam satu kisah seram melalui video yang dikongsikan di TikTok milik @syahmi_takaful.

Difahamkan, kejadian seram itu berlaku di sebuah kawasan RNR Genting-Sempah yang dipercayai berlaku selepas seorang ibu curah air panas di kawasan yang berpokok untuk siapkan susu untuk anaknya yang masih bayi.

@syahmi_takaful

pengajaran untuk semua jangan buang Air Panas merata, kita tidak tahu apa yg ada kat situ #syahmiprubsn

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sebaik sahaja kejadian curah air itu, anaknya terus menangis meraung tanpa henti. Ujarnya lagi, tangisan anaknya itu kedengaran seolah-olah seperti disampuk oleh makhluk halus.

“Tiba2 anak saya meraung, badan keras menggelupur… Saya tak pernah nampak anak saya macamtu… Nak bagi susu pun dia tolak”

Tiktok 2

Situasi cemas itu menyebabkan mereka seisi keluarga bergegas ke tempat yang lebih cerah dan buat keputusan untuk buka ayat Ruqyah bagi menenangkan keadaan. Akhirnya, anaknya berhenti menangis dan tidur yang berpanjangan selepas kepenatan.

Tiktok 1 1

Disebabkan pengalaman seramnya itu, dia turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak sesuka hati curah air di kawasan yang berpotensi menjadi tempat yang diduduki oleh makhluk ghaib.

Fuh, nasib baik baby okay je. Min harap orang ramai lebih hati-hati dan tak bertindak sesuka hati je okay? Bukan apa, demi kebaikan diri sendiri juga… 

Baca: “Ada yang x nampak kedai” –  [VIDEO] Seram! Berminggu Rasa Malas Nak Kerja, Rupanya Terkena Sihir Perniagaan

Untitled 3 3

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.