Bila zaman dah semakin moden dan canggih, ada beberapa perkara yang tidak lagi diamalkan ketika ini. Seperti contoh, penggunaan pondok telefon awam juga sudah jarang kita lihat kan?
Walau bagaimanapun, korang jangan terkejut kalau zaman sekarang ni masih ada segelintir orang yang menggunakan kaedah bomoh dan juga sihir atas niat dengki dan juga cemburu dengan orang lain. Ish… Ish… Ish… Tak baik tau…
Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok oleh pengguna bernama @azrlafiq, baru-baru ini telah menyebabkan ramai seram sejuk yang mana dirinya telah terkena ‘buatan orang’. Uish, bahaya ni…
“Dah berminggu badan lesu rasa malas taknak jenguk kedai langsung semua biar staff yang buat. Wife mimpi bukan2”
Difahamkan selepas peristiwa rasa malas dan juga tak sedap badan, pemilik kedai yang dikenali sebagai Azrul ini meminta jasa baik mertuanya untuk bacakan Doa Haikal sebagai ikhtiar untuk jauhkan segala benda buruk di bahagian luar dan dalam kedai miliknya.
Ujarnya lagi, tidak lama selepas bacaan doa itu dibuat, staf kedainya terjumpa beberapa duit syiling dan juga wang kertas seringgit bersama ranting di dalam bungkusan kertas A4 yang tertulis ‘NELI TUTUP’.
Duit syiling untuk drop sale, duit seringgit untuk gelapkan kedai
Selepas menemui bungkusan duit tersebut, Azrul dan keluarganya segera berjumpa dengan ustaz untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut yang dipercayai telah terkena sihir perniagaan.
Dalam video yang sama, Azrul mengatakan bahawa kedainya pernah beberapa kali terkena benda yang sama sebelum ini kerana pernah nampak kehadiran duit syiling di belakang kedainya namun bertindak dengan sekadar membuangnya ke dalam tong sampah.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terkejut dan meminta pemilik kedai itu untuk sentiasa berhati-hati selepas ini supaya tidak berulang kejadian yang sama.
Bukan itu sahaja, turut ada yang berkongsikan pengalaman sendiri terkena ‘buatan orang’ disebabkan perasaan dengki juga di bahagian komen dan menyatakan bahawa sihir-menyihir ini memang masih lagi wujud pada zaman ini.
Min harap semua jaga diri baik-baik lah eh… Yang lain tu, jangan sesekali libatkan diri dengan benda-benda syirik ni okay? Buruk padahnya kalau terkena diri sendiri balik nanti…
Baca: [VIDEO] Seram! Mimi Peri Jumpa Paku Dalam Makanan, Syak Hampir Kena ‘Buatan Orang’