Hidayah itu milik Allah…
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 yang terlantar di hospital telah meminta untuk memeluk Islam.
Rakaman yang tular itu dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent di Sandakan Sabah. Dapat dilihat dalam video berdurasi 2 minit 15 saat ini, wanita yang memerlukan bantuan pernafasan itu telah didatangi beberapa frontliners yang mengajarnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
https://www.facebook.com/norha.sahibuddin/posts/2902298006686645
Dalam video ini, petugas tersebut turut menyediakan sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah untuk memudahkan proses pengislaman tersebut.
Sebelum ditidurkan, akak ni minta untuk masuk Islam.”
https://www.instagram.com/tv/CT_8LuvLjwo/?utm_medium=copy_link
Ini maksudnya Allah yang satu.”
Selepas mengangkat jari telunjuknya, wanita tersebut dilihat perlahan-lahan mengikut ajaran syahadah yang disebut oleh petugas beserta maksud disebalik kalimah tersebut.
Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya.”
Video tular ini telah mendapat pujian dan rasa syukur dari rata-rata netizen yang turut mendoakan agar wanita ini diberikan kesembuhan.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai video ini mahupun kesasihan dari petugas atau pun individu itu sendiri.