in

“Kaki kiri bengkak hingga ke betis” – Ustaz Kazim Dedah Disihir, Jumpa Abu & Gambarnya Dibakar Di Tempat Mengajar

Ustaz Kazim Elias Disihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sihir atau apa-apa perbuatan yang menyekutukan Allah SWT adalah dilarang dan sesiapa yang mengamalkannya pasti akan mendapat balasan dosa yang berat.


Sungguhpun perkara seperti sihir kedengaran agak kuno di zaman serba moden ini, masih ramai rupanya yang percaya dan mengamalkannya untuk menyakiti orang lain.

 

Ustaz Kazim disihir? 

Menerusi perkongsian di TikTok, tular video yang memaparkan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias kelihatan kurang sihat dan menggunakan tongkat.

@datoustazmohdkazimelias

Mohon doa dari warga tiktok buat Ustaz Kazim agar cepat sembuh.. Amin#datoustazkazimelias

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Menerusi satu sesi temubual live di Facebook Dai Ahmed baru-baru ini mendedahkan rupa-rupanya Ustaz Kazim telah disihir.

Beliau juga mempamerkan sebuah kotak berisi abu yang mana menurutnya terdapat beberapa keping gambar miliknya sudah terbakar separuh di dalam kotak tersebut.

Duke 3

Ia diletakkan pada laluan saya masuk mengajar kuliah. Orang lain memang tak lalu ikut laluan itu, saya seorang saja. Habis dari mengajar itulah baru saya perasan abu ini. 

“Saya nampak dalam abu itu ada beberapa keping gambar saya yang dah terbakar separuh. 

“Esoknya kaki kiri saya terus bengkak sampai ke betis. Bila buat pemeriksaan doktor, tiada apa yang ditemui. Mulanya ingatkan gout, ramai kata begitu. Ada yang ingat ada nanah, tapi bila doktor belah tak ada apa pun keluar,” ceritanya.

 

Sudah berubat cara perawatan Islam, kini semakin baik 

Dalam sesi live itu, Ustaz Kazim memberitahu yang dia telah menerima pelbagai jenis rawatan termasuklah dari segi perawatan Islam. Mujurlah kini keadaannya makin baik.

“Tapi Alhamdulillah, lepas berubat cara perawatan Islam dalam beberapa minggu ini, bengkak di kaki ada nampak semakin baik. Saya memang tak nak ditahan di hospital.

“Dulu dah pernah ditahan, buat pembedahan masa sakit perut dulu. Tapi bila dah bedah, tak nampak apa penyakitnya,” kata Ustaz Kazim.

Duke 2

Ustaz Kazim juga menganggap perkara yang menimpanya ini merupakan ujian dari Allah dan dia juga tidak tahu siapa yang sanggup berbuat begitu kepadanya.

Saya pandang secara baik. Ia mungkin nak menaikkan darjat kita di sisi Allah dan menghapuskan dosa. Allah itu Maha Mengetahui. Walau hal ini seperti cuba menyekat saya terus mengajar tapi saya akan terus mengajar kerana saya suka berbuat demikian. 

“Orang mungkin tak suka saya mengajar, sekatlah macam mana pun saya akan tetap terus mengajar,” tambahnya lagi.

Kazim11 O Bhfield Image Socialmedia.var 1589167732

Disebabkan keadaan kakinya yang bengkak, dia mengakui tidak boleh tidur pada waktu malam dan solat pun di atas kerusi roda.

Malah ketika awal-awal sakit dulu, kakinya tidak boleh disentuh langsung dan terkena air pun akan sakit.

Apa-apapun marilah kita mendoakan semoga Ustaz Kazim sembuh daripada penyakitnya ini. Jauhilah perbuatan sihir kerana ia satu dosa besar. 

Baca: “Saya rasa saya dapat isteri saya balik” – Isteri Didakwa Terkena Sihir, Hafiz Mahamad Minta Maaf Jika Buat Salah

Ganggu 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.