in

Kereta Mewah Bawa Asad Motawh Diburu Polis Lepas Guna Lampu Biru Untuk Elak ‘Jam’

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral semalam di media sosial bila pembantu peribadi Asad Motawh kongsikan video di TikTok menunjukkan dia memakai lampu strob berwarna biru seakan lampu polis untuk elak dari kesesakan lalu lintas.



Tindakan lelaki tersebut kongsikan videonya menggunakan lampu tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen lebih-lebih lagi ia jelas melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Dapat dilihat, penyanyi Asad Motawh turut berada dalam kenderaan mewah tersebut yang dipandu oleh pembantu peribadinya. Selepas mendapat kecaman ramai, video tersebut telah pun diturunkan.

Screenshot 2021 06 18 At 1.55.49 Pm

Bagaimanapun, netizen terus menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan ke atas pemilik kenderaan tersebut.

Menurut Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini sedang mengesan pemilik kereta mewah tersebut.

Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut.”

Alamak, buat hal betullah…

 

Baca: “I nearly died” – Asad Motawh Pesan Jangan Risau Tapi Netizen Cakap Dia Sengaja Jatuhkan Diri

Screenshot 2021 06 18 At 2.03.32 Pm

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.