“I nearly died…” – Asad Motawh Pesan Jangan Risau Tapi Netizen Cakap Dia Sengaja Jatuhkan Diri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



By this time, admin yakin yang korang semua dah tengok video penyanyi Asad Motawh jatuh dari pentas tu kan? Nasib baik tak kena henyak ke pijak ke…

Video berdurasi 10 saat tu mula viral dekat Twitter sejak semalam menunjukkan Asad tengah menyanyi dan menghiburkan peminat dia dekat sebuah konsert di Sabah.

Tapi, tengah dia asyik layan peminat tiba-tiba Asad jatuh dari atas pentas tu. Kalau korang tengok sekali imbas apa korang nampak?

Ada yang kata nampak seolah-olah Asad ditarik peminat perempuan yang histeria tengok dia buat persembahan tu. Ada pula yang kata dia saja rebahkan badan nak buat style ‘gig’, baringkan diri sambil nyanyi atas peminat.

excited american outlaws GIF by U.S. Soccer Federation

Asad sendiri melalui Facebook dia ada berpesan dekat semua orang supaya janganlah risaukan keadaan dia dan berterima kasih pada semua peminat di Sabah.

I nearly died… No need to worry, I’m totally fine! A few bruises won’t kill me ? Thank you SABAH! #percayatour❤️”

Ada juga yang kata semua tu gimik je. Ishhh takkan lah nak buat gimik sampai sanggup sakitkan badan, ada lebam bagai kan? Kiranya ramailah yang tanya dan persoalkan apa sebenarnya terjadi. Sebab masing-masing punya cara nampak tu berbeza kan…

Sumber: Instagram

Apa-apa pun, admin doakan Asad cepat sembuh daripada luka-luka dekat badan tu ye!

Baca: “Jatuhnya martabat seorang wanita” – Netizen Marah Tengok Video Perempuan Bertudung Peluk As’ad Motawh Atas Pentas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!