in

“Pengorbanan seorang isteri” – Dulu Teman Suami Nikahi Madu, Kini Teman Pergi Bercerai Pula

Ft Kawen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua wanita terbuka dengan isu berpoligami walaupun islam mengizinkan. Bukan nak mempertikaikan sunnah Nabi Muhammad, tapi kaum hawa mempunyai hati yang lembut dan sensitif lagi-lagi bila dia terpaksa berkongsi kasih sayang.


Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook Syiela Rashid bersifat terbuka untuk berkongsi kisahnya yang mana dia menemani suaminya pergi bernikah satu lagi dan ikut suaminya bercerai juga.

“Macam tu pun ada”

HARI TU TEMAN KANDA PI MENIKAHHARI NI TEMAN KANDA Khubaib Ramli PI BERCERAIApa2 pun.. It is okay… It's a process….

Posted by Syiela Rashid on Monday, August 23, 2021

Dalam perkongsian Syiela, dia telah memuat naik dua gambar dia bersama suaminya pada masa  yang berbeza iaitu satu semasa suaminya pergi menikah dengan madunya dan satu lagi gambar semasa dia teman suaminya pergi bercerai. Susah senang bersama eh.

Sebelum ini, pasangan ini pernah tular di media sosial kerana isterinya dengan rela pergi meminang ‘madunya’ sendiri dan menguruskan majlis tersebut tahun lalu.

“Jodoh tak panjang”

Walau bagaimanapun, hubungan suami dengan madunya tidak panjang. Wanita yang berasal daripada Kuala Nerang itu memaklumkan di media sosial tersebut bahawa suami dan madunya telahpun bercerai.

Syiela juga telah memuat naik video dia menemani suaminya ke mahkamah untuk selesaikan kes perceraian tersebut. Dia juga telah memberitahu bahawa dia menerima semua ketentuan dengan positif dan akan sentiasa bersama suaminya walau apa pun keadaan.

Posted by Syiela Rashid on Monday, August 23, 2021

Suami kepada Syiela juga telah pun mengakui bahawa dia telah menceraikan isteri keduanya di Mahkamah Syariah Padang Terap pada 24 Ogos 2021, semalam.

Apa-apapun min doakan semoga segala urusan akak dengan abang ni dipermudahkan, aamiin.

Baca: Polis Tahan Suami Isteri Show Off Dapat Makan Di Restoran Walaupun Tak Ambil Vaksin

Polis E1629873274444

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.