in

[VIDEO] Gadis Dapat ‘Hadiah Birthday’ Daripada Adik Tapi Tengok Lah Dia Bagi Apa!

Ft Cicak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je pasal hari jadi, pasti korang akan terbayangkan hadiah apa yang akan kita dapat lagi-lagi daripada insan yang tersayang iaitu ahli keluarga kita sendiri. Kejutan demi kejutan pasti akan kita terima semasa hari jadi.


Sama dengan kisah adik ini. Dalam perkongsian @nashameow, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya di mana dia sedang membuka bungkusan hadiah daripada adiknya sempena birthday dia.

@nashameow

haih #fypシ #tiktoksarawak #fyp

♬ original sound – Ufuk Timur❤?? – ❤??عَبْدُالْحَفِيْظ

“Tak ‘expect’ dapat hadiah tu”

Sempena hari jadi Nasha semalam, adiknya telah memberi hadiah yang dibungkus dengan agak kemas. Disebabkan terlalu excited, dia telah merakam video unboxing bungkusan hadiah itu.

Tapi alangkah terkejutnya apabila dia membuka bungkusan tersebut dan mendapati ada seekor cicak serta beberapa guntingan kertas di dalam bekas lutsinar dan sehelai pelitup muka. Boleh dia pegang cicak yang lembik tu.

“Surat lirik lagu Tiktok”

Adik dia juga telah memberi Nasha sekeping surat mini yang tertulis lirik lagu bahasa Jepun yang viral di Tiktok.

Yamet kudasi, yamet kudasi, bang yamet, para kedasi”.

Perbuatan pelik adiknya ini mendapat perhatian netizen di Tiktok. Video ini telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di Tiktok hingga kini. Rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang dialami Nasha malah ada juga yang tak sangka hadiah yang diberikan adalah seekor cicak.

Komen Cicak 1

Menurut Nasha, cicak yang dihadiahkan oleh adiknya itu telah terjatuh dan sempat melarikan diri.

Kalau dapat adik macam ni memang aku bagi lipas masa hari jadi dia.

Baca: [VIDEO]  Kerusi ‘Tak Muat” Nak Lepas Pintu Rumah Apa Pemuda Ini Buat Memang Tak Sangka

Fi Kerusi Tak Muat E1632206953484

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.