in

[VIDEO] Elak Jatuh Ke Lembah Maksiat, Ustazah Asma’ Harun Kongsi Tips ‘Dating’ Halal

Untitled Design 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percintaan itu bukanlah sesuatu yang mudah, banyak perkara yang perlu dipelajari dan diingati apabila kita mahu mula bercinta. Buat yang beragama Islam pula, kita haruslah menepati dan mematuhi segala pertauran dan janganlah mengingkari syariat Islam.


Mereka yang ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan pasti tertanya-tanya apakah hukum keluar bersama ataupun dengan kata lainnya dating kan?

Baru-baru ini, menerusi YouTube Majalah Nona, penceramah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun ada menjelaskan perihal perhubungan antara lelaki dan wanita serta beliau mengupas isu tersebut dari segi agama.

Dalam video berkenaan, Ustazah Asma berkata wanita dan lelaki yang tiada perhubungan ingin berjumpa dibolehkan dengan syarat mereka wajib ditemani oleh pihak ketiga dalam perjumpaan itu.

Menurutnya, pihak ketiga yang dimaksudkan ialah seseorang yang kita hormati dan elakkan membawa kawan-kawan kerana mereka lebih menyokong untuk pasangan itu berdua-duaan.

“Cara bertemu mesti ada mak ayah. Maksudnya, semasa berjumpa ada orang lain yang menemani kita terutama mereka yang kita hormati, jangan ajak kawan-kawan.

Mereka akan menyokong pasangan ini untuk berjalan berdua, bila bertemu dengan individu bukan mahram, mesti ada orang lain yang kita segan nak buat maksiat.” katanya.

Beliau juga ada memesan agar pasangan yang ingin berkenalan untuk mengelakkan berbual di waktu malam yang sememangnya boleh membawa kepada lembah maksiat.

Baca: “Anda bawa imej Islam” – Finaz Yunus Minta Pendakwah Buang ‘Title’ Ustaz, PU Jika Gagal Tahan Nafsu

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.