in

“Anda bawa imej Islam” – Finaz Yunus Minta Pendakwah Buang ‘Title’ Ustaz, PU Jika Gagal Tahan Nafsu

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa kes tidak bermoral didakwa melibatkan pendakwah selebriti terkenal. Malah, minggu lalu seorang lagi pendakwah bebas yang juga merupakan seorang pelakon telah ditahan polis selepas didakwa melakukan jenayah amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Ekoran ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihati pendakwah selebriti untuk tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral seperti ini, lapor Berita Harian.


Idris meminta agar pendakwah selebriti sentiasa mengamalkan dakwah yang disampaikan kepada masyarakat, sentiasa muhasabah diri, sedar risiko menjadi individu yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat serta menjaga tingkah laku.

Mereka kena sedar selebriti ini mempunyai pengaruh yang tersendiri, malah saya sebagai seorang ustaz juga mempunyai pengaruhnya.

“Disebabkan itulah, anda perlu beringat. Walaupun kita bukan manusia yang sempurna dan mempunyai kesalahan, kita juga perlu meminimumkan hal sebegini. Jika tidak ia akan menjatuhkan imej kita sebagai pendakwah.”

“Cabutlah title. Carilah kerjaya lain.”

Kenyataan dari Idris ini juga turut dipersetujui oleh pengacara Finaz Yunus. Melalui Instagram, wanita ini meminta agar pendakwah dapat menggalas tanggungjawab dengan baik dan penuh amanah.

Selain itu, Finaz turut meminta sekiranya pendakwah selebriti gagal menahan nafsu sendiri, jangan gunakan gelaran yang diterima serta cari kerjaya lain.

Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian TINGGALKANLAH & CABUTLAH Title Pencetus Ummah,Imam Muda, Murabbi , Ikon dakwah , Ustaz, Mudir& sebagainya…..

Carilah kerjaya lain. Title itu terlalu BESAR NILAI & TANGGUNGJAWAB yang perlu dipikul.

Anda membawa imej Agama Islam.”

https://www.instagram.com/p/Cid-7VdvQKR/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2c9411d1-d257-446a-b1fd-be1a43d40eae

Katanya lagi, cukuplah Islam telah difitnah oleh musuhnya dan tak perlu jadi “bahan penyedap” untuk membuat musuh agama busukkan lagi Islam.

 

Baca: “Nikah dua, tiga, empat,tak mengapa. Tapi cabul ini” – Dr Zulkifli Tegur Pendakwah Selebriti Jaga Imej

Daisyed 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.