in

[Video] Didakwa Tak Puas hati Berniaga Sebelah Kedai, Peniaga ‘Flip Table’ Kedai Pesaing?

Peniaga4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular di media sosial memperlihatkan kelakuan seorang perniaga yang dipercayai berlaku di Kajang telah mendatangkan rasa kurang senang netizen apabila melihatnya.



 

Flip table sampai barang jualan bersepah

Berdasarkan sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Koperasi LLN, Kajang. Dalam video yang berdurasi 1 minit 6 saat itu, difahamkan ada berlakunya perbalahan di antara 2 penjaja kecil.

Satu jual keropok lekor dan satu lagi menjual laksa, menurut sumber, mereka berniaga bersebelahan, dalam rakaman itu, peniaga keropok lekor menterbalikkan meja sehinggakan hasil jualan semua tumpah sebelum sambung menggoreng keropok lekor.

Dalam masa 12 jam ia dimuatnaik, video ini telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets  . di Twitter dan 113K jumlah tontonan di Facebook.

Biarpun punca kejadian masih belum dikenalpasti, ada netizen mendakwa ia berpunca daripada pertelingkahan antara kedua-kedua peniaga tersebut.

Dikatakan, peniaga keropok lekor sebelum ini ada menjual air tembikai, tiba-tiba pada hari yang sama peniaga laksa menjual menu yang sama.

Dikhabarkan lagi, peniaga tersebut telah pun meminta maaf tapi tak diduga video itu boleh viral.

E4Gu5Flucaa1Apy

Walaubagaimanapun, ramai netizen yang melihatnya jadi marah dan geram dengan kelakuan wanita tersebut. Namun begitu, ada juga netizen yang lebih mahukan dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak.

 

Baca : Tak Pakai Mask Ketika Saman Peniaga Tepi Jalan, Polis Kini Sedang Kesan Penguat Kuasa ‘Viral’

Saman Ya Kor Dalam

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.