in

[Video] Detik Cemas Kanak-kanak 12 Tahun ‘Terbang’ Setinggi 9 Meter Akibat Tersimpul Tali Layang-layang

Ft Cemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beriadah bertukar tragedi kepada seorang kanak-kanak apabila dia ikut terbang setinggi 9 meter bersama layang-layang gergasi kerana angin kuat.

Kesan dari impak yang kuat terjatuh ke tanah mengakibatkan budak 12 tahun ini mengalami patah tulang di 6 bahagian di kedua-dua belah tangannya lapor jakartanews.


Kejadian tersebut berlaku pada 1 Disember lalu kemudian viral di media sosial sehingga dilaporkan di media-media mainstream tempatan di Indonesia.

Beginilah detik cemas yang dihadapi oleh budak yang dinamakan sebagai IR ini. Amaran, kalau cepat panik jangan tengok.

 

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berpaut pada tali layang-layang gergasi yang seakan-akan seekor naga terbang di udara.

Melihatnya terbang di udara saja sudah mencemaskan, lebih parah apabila melihatnya jatuh ke tanah.

Kepala ‘naga’ tersebut putus menyebabkannya jatuh setinggi 9 meter.

Sebaik IR jatuh ke tanah, orang ramai terus lari meluru ke arahnya kemungkinan untuk melihat keadaan dan keselamatan kanak-kanak terbabit.

Cemas1

 

Perlu jalani ‘dua operation’

Sejurus berlaku, IR terus dikejarkan ke hospital dan perlu menjalani dua operation kerana patah tulang.

Abang IR, Acil, berusia 28 tahun berkata sewaktu kejadian dirinya berada di dalam kereta menunggu adik-adiknya habis main.

“Adik lain yang terbangkan layang-layang manakala IR memegang talinya.”

Insiden seperti ini bukanlah perkara baru namun dia tak menyangka kali ini ia berlaku terhadap keluarganya.

Ibu bapa atau penjaga, perhatikanlah anak-anak kecil saat mereka bermain supaya kejadian sepeti ini tidak berulang.

 

Baca : Kanak-kanak 9 Tahun Berdepan Detik Cemas Tangan Tersepit Treadmill

Cemas

Sumber: jakartanews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.