in

Kanak-kanak 9 Tahun Berdepan Detik Cemas Tangan Tersepit Treadmill

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun berdepan detik mencemaskan apabila tangannya tersepit dalam mesin alat senaman treadmill, di kediamannya di Batul Lekir 14, Sitiawan, Perak.


Harian Metro melaporkan, dalam kejadian yang berlaku tengah hari tadi — mangsa bagaimanapun hanya mengalami luka kecil dan melecet di tangannya.

Susulan kejadian, enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi untuk membantu mangsa.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Khairul Azizi Kamarudin — ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain bersama adik-beradiknya sebelum sebuah bola termasuk di bawah mesin tersebut.

Mangsa kemudian cuba untuk mengambilnya, dan pada masa sama — salah seorang daripada mereka dipercayai tidak sengaja tertekan suis mesin tersebut, menyebabkan ia bergerak dan tangan mangsa tersepit.

Anggota bomba mengambil masa 10 minit menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu.

Meskipun hanya mengalami luka kecil dan melecet, pihak bomba menasihatkan keluarga mangsa untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

.SETIAWAN 21 NOV 2020 – Seorang kanak² berusia 9 tahun tersepit tangan di mesin jogging Treadmill.Anggota Bomba dari…

Posted by Ipoh Firefighter on Saturday, November 21, 2020

 

Baca: [Video] Bapa Sibuk Main Phone, Biarkan Anak Berlari Dekat Escalator Sampai Tersepit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.