in

[VIDEO] Dapat Perhatian Pengarah Filem, Parodi Trailer ‘The Avengers’ Dari Geng Ni Buat Ramai Orang Geli Hati

F Avengers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haa ingat orang Barat je ada pasukan Avengers? Orang Malaysia pun ada Avengers tauu! Kalau korang minat gilers dengan filem-filem dari Marvel, korang kena tengok trailer parodi daripada dak-dak universiti yang super kreatif ni. Trailer ni dibuat sempena filem Avengers: Infinity Wars yang akan keluar bulan depan.


Apa yang menarik sangat tentang trailer buatan Malaysia ni ialah walaupun nampak macam cikai sebab guna props yang entah pape dengan barisan pelakon yang korang sendiri tak kenal, video ni dapat perhatian daripada pengarah terkenal oii! 

Video yang dikongsikan Aiman Sany melalui akaun Twitter telah viral ke satu dunia hingga sudah mencecah jutaan tontonan! Haa jangan main-main dengan anak muda kita zaman sekarang. Bosan-bosan takde kerja dah boleh lahir video hebat sampai dikenali doniaa weh.

“Siapa buat lagi bagus? @MarvelStudios,” tulis Aiman Sany.

Epik kan trailer yang dorang buat? Ini komen daripada Russo Brothers yang tertarik dengan hasil kerja geng ni.

“Aiman. Korang memang genius. Nak mengarah filem Avengers 5?” kata Russo Brothers.

134347Im949Doos46Ca40J
sumber: twitter

Rata-rata netizen yang tengok trailer tu pun sama setuju dengan Russo Brothers. Dorang memang gelak berdekahlah tengok sorang-sorang talent berlakon dengan muka seriusnya. Lagi best, ada di kalangan netizen suggest Aiman Sany and the gang untuk hantar video tu ke 9gag. Mana tahu boleh dapat untung.

134400D4Ss68Ee1Gwg6Ekc
sumber: twitter
134427Horvglgcoo1Np2Ha
sumber: twitter

Tak cukup dengan tu, orang luar negara pun impress tau dengan karya dorang ni. Siap bezakan dengan parodi yang dorang buat. Dorang rasa dorang punya parodi so-so je kalau nak dibandingkan dengan parodi dari pelajar Malaysia ni. Part coco crunch berlari tu paling tak boleh blah! Hahaha! 

134500Tt216510W6Csw6C7 1
sumber: twitter
134528Jax2K2O29K4Ax9I5 1
sumber: twitter

Anyway tahniahlah kepada Aiman dan geng dia sebab hasilkan trailer parodi yang mencuit hati ni. Bangga tau dengan anak muda Malaysia yang tak bazirkan masa dorang buat benda yang tak berfaedah. Macam nilah bagus! 

Baca: Remaja Malaysia Berusia 13 Tahun Dipuji Ramai Kerana Bantu Lelaki Berkerusi Roda di Phuket Airport

Anak M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.