in

Remaja Malaysia Berusia 13 Tahun Dipuji Ramai Kerana Bantu Lelaki Berkerusi Roda di Phuket Airport

Help Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat banyak berita buruk yang kita dengar mengenai anak muda sekarang yang dikatakan kurang budi bahasa atau adab dengan orang tua-tua, ada satu kisah ni tiba-tiba muncul menarik perhatian orang ramai melibatkan seorang remaja dari Malaysia.


Menurut NST, seorang remaja berusia 13 tahun telah menjadi inspirasi ramai selepas tindakannya membantu lelaki yang tidak dikenali tersebar di media sosial. Semuanya bermula apabila Pengurus Operasi IBEX Global Philippines, Ady Sacol berada dalam satu pesawat bersama seorang remaja bernama Tee dari Phuket ke Kuala Lumpur.

994743 10153886910335465 9045558776693970518 N
sumber: facebook

Sacol yang mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal beberapa jam sebelum penerbangan itu difahamkan duduk bersebelahan dengan Tee yang menyertai pertandingan bola keranjang, namun terpaksa pulang ke tanah air selepas mendapat berita kematian datuknya.

Jelas Sacol di dalam posting Facebook,

“Sean Tee duduk di sebelah saya semasa di pintu pelepasan dan saya rasa dia tahu saya mengalami kecederaan kerana duduk di atas kerusi roda. 

“Kemudian dia bertanya: Awak lapar? Beritahu makanan apa yang awak nak makan?” 

“Sedang saya cuba keluarkan dompet, Sean bertegas mahu membayarnya untuk saya,” tulis Sacol.

29063412 10155873639625465 2825296334179794944 N
sumber: facebook

Perlakuan Tee yang sangat menyentuh hatinya ialah apabila remaja itu membantu Sacol mengangkat beg seberat 15kg dari pintu pelepasan empat ke pintu 14 selama 15 minit disebabkan perubahan pada pintu pelepasan disaat-saat akhir. Tidak cukup dengan itu, Tee juga menemani Sacol menaiki kenderaan khas yang membawa penumpang kurang upaya naik ke pesawat. Alahai baiknya hati! 

Ketika mereka berdua tiba di KLIA2, Sacol sekali menghadapi masalah apabila tiada kerusi roda disediakan di lapangan terbang. Pun begitu, Tee tidak meninggalnya dan membantu Sacol mengangkat beg serta membawanya menaiki buggy seperti menjaga adik beradik kandung sendiri! 

“Tapi buggy tersebut hanya boleh membawa saya ke tingkat tiga sahaja dan kami perlu naik lif untuk turun ke bawah. Malangnya, tiada buggy mahupun kerusi roda pula di tingkat dua,” cerita Sacol.

28576577 10155859079900465 6232143056216112471 N
sacol mengalami kecederaan | sumber: facebook

Tanpa melengahkan masa, Tee mengambil kereta sorong dan meminta Sacol untuk duduk di atasnya. Dia kemudian menolak kereta sorong tersebut sehingga mereka tiba di kaunter imigresen. 

Pun begitu, Tee tidak terus meninggalkan Sacol di situ dan tetap menunggunya melepasi kaunter imigresen dengan sekotak jus untuk diminum. Remaja itu langsung tidak meninggalkan Sacol sehinggalah pemandunya tiba untuk menjemput pulang.

Sungguhpun Tee mahu pemandunya menghantar Sacol pulang, lelaki dari Filipina itu terpaksa menolak kerana malu sering dibantu Tee.

“Sean, ingatkah lagi wang Filipina yang saya beri awak dengan tulisan di atasnya? 

“Saya mengatakan bahawa duit itu tiada nilainya, namun mesej yang tertulis lebih bermakna dan tidak berharga. 

“Simpanlah ia sebagai peringatan akan pertemuan kita yang singkat tapi sangat bermakna bersama,” tulis Sacol lagi.

28684954 10155864575060465 8466719877817590728 N
sumber: facebook

Bagi Sacol pertemuan tersebut bukanlah suatu kebetulan dan remaja tersebut adalah malaikat yang tidak mampu dibalas jasa serta kebaikan yang telah diberikan. Syukurlah Sacol bertemu dengan orang baik macam tu! 

Posting Sacol mengenai kisah inspirasi ini telah mendapat lebih kurang 6,300 likes dan 2,000 shares sejak 9 Mac lalu.

Semoga lebih ramai remaja masa kini yang terinspirasi dengan kisah seperti ini. 

Baca: “Nampak pakcik ni menggigil, berkaki ayam je” – Lelaki Tak Sangka Bantuan Kecil Dapat Ganjaran Berganda

Bantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.