in

[VIDEO] DAHSYAT! Kereta Tersepit Antara Dua Lori Selepas Dirempuh Daripada Belakang

1 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua guru wanita hampir maut selepas sebuah lori merempuh daripada belakang kereta yang dipandu oleh mereka menyebabkan kereta berkenaan tersepit dengan lori simen yang berada di hadapan kereta, lapor Daily Mail.


Lori 2

Kejadian ngeri yang berlaku di Xianyou, China itu telah terakam dari cctv di kawasan berkenaan dan dikhabarkan pemandu dan penumpanng kereta mengalami kecederaan namun masih dalam keadaan stabil.

Melalui rakaman cctv, kereta putih itu berhenti di belakang lori simen di hadapannya dengan jarak yang selamat sebelum sebuah lori muatan berat di belakangnya hilang kawalan menghampirinya dan langsung merempuh kereta berkenaan.

Lori4

Pihak polis berkata, pemandu lori itu gagal memerhatikan keadaan jalan raya dan secara tidak langsung terus merempuh kereta dihadapannya.

Lori1

Lori3

Oleh itu, siasatan lanjut untuk kes kemalangan ini sedang dijalankan.

Pengguna Twitter juga ada berkongsi satu video yang memaparkan kedua-dua mangsa berkenaan dalam keadaan selamat.

So, korang kena sentiasa hati-hati di jalan raya sebab malang tak berbau.

Baca : “Nasib tak runtuh” – [VIDEO] Lori Lebih Muatan Langgar Jejantas di Pulau Pinang Hampir Runtuh

Lori

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.