in

“Nasib tak runtuh” – [VIDEO] Lori Lebih Muatan Langgar Jejantas Di Pulau Pinang Hampir Runtuh

Featured Image Jejantas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau tengah drive dekat atas jalan raya mesti perasankan akan peraturan had muatan terutamanya bagi kenderaan seperti lori.


Baru-baru ni tular video pendek yang menunjukkan sebuah lori yang lebih muatan tidak melepasi jejantas ketika melaluinya.

Kejadian ini dikatakan berlaku di jejantas terminal feri Raja Tun Uda, George Town arah ke Weld Quay.

Dalam video itu menunjukkan bahagian hadapan lori tersebut pada mulanya melepasi jejantas tersebut, namun apabila sampai ke bahagian tengah, lori tersebut tersangkut dan secara tidak langsung menyebabkan jejantas itu bergerak dan hampir runtuh.

Namun kelihatan lori itu segera berhenti bagi menghentikan daripada jejantas tersebut terus roboh dan berlakunya kejadian yang tidak diinginkan.

Pada ketika itu juga kelihatan jalan berada dalam keadaan sibuk di mana ramai orang sedang menggunakan jalan tersebut.

Namun menurut individu yang memuat naik video tersebut, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan semua yang berada berhampiran kejadian itu selamat.

Pihak bomba juga kelihatan datang ke tempat kejadian bagi membantu lori yang tersangkut dengan jejantas itu.

Walaubagaimanapun, jejantas yang sudah berumur hampir 45 tahun itu akhirnya terpaksa dirobohkan akibat keadaannya yang sudah tidak selamat digunakan selepas tersangkut dengan lori.

Eqem1Yuu4Aamqft
Sumber: twitter

Jejantas itu dibina pada tahun 1975 dengan bermodalkan kos sebanyak RM180,000.

Eqem1Yuueaamh0K
Sumber: twitter

Hati-hati korang yang sedang memandu tu.

 

Baca: “Sendiri rakam & viral, sendiri kena” – Pemandu Lori Tuduh Polis Minta Rasuah Ditahan Reman

Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.