in

[VIDEO] Dah Lama Tak Balik Kampung, Suami Menangis Lepas Makan Gulai Masak Isteri, Rasa Macam Emak Masak

Cats 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes Covid-19 yang tinggi di negara kita ini, kerajaan tak benarkan rakyat untuk rentas negeri jika tak ada urusan penting. Raya tahun ni sekali lagi kita mungkin berdepan dengan perkara yang sama iaitu masih tak boleh rentas negeri.


Sedihnya, raya tahun lepas pun tak boleh baik kampung. Jap, nak menangis tepi bucu katil.

Sama seperti lelaki ini menerusi satu perkongsian video di Tiktok semalam oleh pemilik akaun bernama bumohsurprise  yang mendapat lebih 160 ribu tontonan dengan lebih 10 ribu likes serta hampir 300 share, lelaki itu sampai menangis makan masakan isteri dia, katanya sama macam masakan emak.

Sebab dah lama tak balik kampung, itu yang sedih sikit bila dapat makan masakan yang seakan-akan masakan mak. 

@bumohsurprise

Kisah sedih ramadhan ke 2 ? #rindumak #anakrantau #fypppppp

♬ Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

Ikut resepi mak mertua tapi tak beritahu suami 

Wanita itu cerita yang suaminya banyak kali request suruh dia masak gulai ayam Terengganu seperti yang selalu dimasak oleh mak mertuanya. Demi menurut kehendak suami, wanita itu buatkan gulai ayam Terengganu tapi tak bagitahu yang dia guna rempah yang diberikan oleh mak mertuanya tahun lepas. Konon nak buat surprise time berbuka nanti.

Terhidu gulai yang dimasak oleh isterinya itu, lelaki tersebut yang baru bangun tidur terus keluar dari bilik untuk hidu lauk tersebut. Nasib baik puasa tau, kalau tak, dah makan terus tu.

Bh

Bila dah sampai waktu berbuka, lelaki tersebut makan nasi dengan lauk yang dimasak oleh wanita tersebut.

Wanita itu terkejut bila suaminya menangis sambil makan nasi dengan lauk yang dimasaknya itu sebab katanya sama macam masakan emak. Weh, kalau korang tengok video tu pun korang meleleh air mata dengan latar belakang muzik yang sedih lagi, memang syahdu!

 

Mak mertua pun ‘meleleh’ sekali

Wanita tersebut hantar video kepada mak mertuanya yang suami dia menangis sambil makan gulai ayam yang seakan-akan rasa seperti masakan mak mertuanya itu. Tak sangka pula yang mak mertuanya itu pun menangis juga lepas tengok video itu. Mak mana tak rindu anak dia kan.

Wanita itu berharap sangat yang tahun ini dapat beraya di kampung halaman.

Sedih juga la kalau 2 tahun tak dapat raya dekat kampung, memang meleleh air mata pagi raya nanti.

 

Sumber: bumohsurprise

Baca: “Dia nak pakai balik kampung kot” – Pencuri Pulangkan Balik Motor Lepas Tiga Hari, Siap Bagi Nota Minta Maaf

Capture 48

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.