Setiap tenaga pengajar mesti akan ada cara yang tersendiri untuk mengajar pelajar mereka bagi mudah faham tentang perisian subjek yang disampaikan. Macam baru-baru ni, ada pensyarah yang sanggup buat kelas di dapur guna ayam!
Kali ini tular pula di media sosial apabila cikgu sekolah rendah menggunakan cara ‘fun’ bagi memudahkan murid-muridnya faham tentang topik yang mungkin sukar bagi mereka iaitu ‘Sentuhan Tak Selamat’.
Syok betul layan video Cikgu Ferdy ajar murid di sekolah pasal sentuhan tak selamat.
Bersemangat betul! Kalau macam ni cara penyampaian, anak2 ni pasti akan ingat.
Bkn senang nak fahamkan anak kecil bab ni. Tambah2 dlm kelas yg ada puluhan kanak2 ribena. ? pic.twitter.com/fpjWKWE3xn
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 20, 2022
Menerusi tweet yang dibuat oleh aktivis dan penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Twitternya @akhirfairuz_ itu, ramai yang memuji tindakan cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Ferdy kerana bersungguh-sungguh ketika mengajar.
Ini kerana, penekanan keselamatan diri dalam topik itu agak sukar untuk difahami oleh kanak-kanak yang baru saja memasuki alam persekolahan sekiranya tidak kena dengan cara penyampaian.
“Bersemangat betul!”
Jadi, pendekatan Cikgu Ferdy yang bersahaja dan dikaitkan pula dengan gaya-gaya kartun itu berjaya menarik minat murid-muridnya untuk kekal fokus sekaligus faham tentang perisian yang diajar.
“Comel cikgunya mengajar. Cara mengajar buat anak-anak seronok & mudah faham.” – Komen netizen
Meriah betul bahagian replies ni eh… Sampaikan ada yang cakap, orang dewasa pun seronok dengar cara cikgu ni bersemangat bila mengajar. Tak kurang juga yang mengatakan bahawa mereka rindu zaman sekolah!
Difahamkan, topik ‘Sentuhan Tak Selamat’ itu merupakan salah satu silibus bagi subjek Sains bagi murid-murid sekolah rendah yang berkait dengan anggota badan dan tempat sensitif bagi seseorang.
Beberapa kali juga min ulang dengar… Seronok, senang je faham. Patutlah murid-murid dia pun semangat je dalam kelas!
Baca: Netizen Puji Pensyarah Sanggup Buat Kelas Kat Dapur, Bukan Untuk Ajar Memasak Tapi...