in

[VIDEO] Budak Tiba-tiba Meluru Depan Kereta, Netizen Dakwa Ibu Bapa Sengaja Biar Anak Lintas?

Budak Lari Depan Jalan Langgar Rohingya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengah berdiri di tepi jalan bersama anak yang masih kecil, ibu bapa kena alert dan pegang tangan anak elok-elok ye!

Hal ini kerana banyak kemalangan yang membabitkan kanak-kanak kecil berlari ke tengah jalan berlaku dan malangnya telah dilanggar kereta.


Ia samalah seperti suatu kejadian yang dikatakan berlaku dekat Meru, Klang ini apabila tular video di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak telah meluru ke hadapan kereta yang sedang melalui sebuah jalan dalam sebuah taman perumahan.

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1495638201218002946?s=21

Walau bagaimanapun, menurut tweet berkenaan, kejadian itu bukanlah disebabkan kecuaian atau malang tidak berbau namun ia dilakukan dengan ‘sengaja’. Aik?

Saja biar anak dia meluru ke jalan sebab nak pow duit dengan driver. Kalau tengok video pemandu kereta tu bawak kereta slow je. 

“Pentingnya ada dashcam. Bukti depan mata,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu dilihat baik-baik saja menerusi satu gambar yang diletakkan di hujung video. Ibu kanak-kanak itu juga dilihat sedang mendukung anaknya dan orang ramai mengepung kenderaan berkenaan.

Budak

 

“Yang depa bawa anak dok tepi jalan tu buat apa?” 

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan di sebalik dakwaan pemilik tweet, video yang juga viral di Facebook ini mendapat respon negatif netizen yang mengecam ibu bapa budak berkenaan yang tidak alert dengan keselamatan anak.

Malah ada juga yang memuji tindakan driver yang meletakkan kamera pada kereta kerana ia boleh digunakan sebagai bukti jika ada apa-apa berlaku.

Siapa Salah

Apa-apapun diharapkan ibu bapa dan pemandu selepas ini lebih alert lah dengan keselamatan kanak-kanak lebih lagi di kawasan perumahan. Bimbang kalau jadi perkara tak diingini. 

Baca: Lepas Budak Ketuk Cermin Kereta, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Duit?

Ketuk

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.